5 Sebab Anda Mudah Terjebak Ke Dalam Hubungan Bertepuk Sebelah Tangan.

 

Bertepuk sebelah tangan tidaklah dianggap suatu hubungan percintaan kerana ia hanya menyebelahi sebelah pihak sahaja. Sebelah pihak lagi tidak pula menyambut cinta anda dan membalas cinta tersebut dengan seikhlas hati mungkin kerana terpaksa ataupun tidak mengetahui bahawa anda mencintainya.

Jika sebelah pihak itu tidak menyedari dengan perasaan suka yang ada dalam diri anda, ini bermakna anda menyukainya dalam diam pula. Ia juga dipanggil crush, kerana ia diibaratkan menyukai pada sesuatu yang tidak bernyawa. Syok sendiri sahaja.

Jom lihat 5 sebab mengapa anda mudah terjebak ke dalam hubungan yang syok sendiri sahaja…

1. Anda seorang yang terlalu baik.

Anda adalah seorang yang terlalu baik pada semua pihak. Tiada keraguan lagi. Sesiapa sahaja yang mengenali anda, semua orang mengakui anda adalah seorang yang baik dan hanya seseorang yang terbaik sahaja layak untuk berdampingan dengan anda. Namun, anda dengan pendirian sendiri dimana jika anda berkelakuan baik, pasangan juga akan menurut sebegitu rupa.

Tetapi sangkaan anda silap, berkelakuan baik menyebabkan seseorang mudah ‘memijak kepala’ anda kerana menganggap anda seorang yang mudah diambil kesempatan.

2. Anda seorang yang terlalu mudah percaya pada orang lain.

Anda juga adalah seorang yang tidak mudah berprasangka buruk terhadap orang lain. Terutamanya pada si dia yang anda mulai sayang dan cinta. Anda percaya bahawa satu hari nanti si dia juga akan menyambut cinta anda, dan membalas cinta tersebut dengan seikhlas hati. Namun, anda ibarat pungguk yang merindukan bulan.

Lama-kelamaan anda menjadi bosan untuk menunggu.

3. Anda seorang yang merasakan pasangan juga berkelakuan sama dengan anda.

Anda berfikiran bahawa dengan memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik, akan menjurus si dia juga menjadi orang yang lebih baik dari semalam. Jika anda melakukan kebaikan, si dia juga akan melakukan kebaikan pada anda. Jika anda sentiasa melemparkan ‘bunga’ pada  si dia, si dia juga akan bertindak sebegitu dan tidak berkelakuan yang tidak senonoh.

Tetapi lama-kelamaan apabila mengetahui sikapnya yang sebenar, anda mula tidak yakin terhadap dirinya.

4. Anda seorang yang sentiasa berfikiran positif.

Anda sedaya upaya untuk berfikiran positif supaya dapat memberi aura tersebut kepada si dia. Supaya si dia juga dapat merasakan cinta dalam diri anda. Apa sahaja yang si dia lakukan, anda sedaya upaya untuk tidak menjadi seorang yang paranoid dan membuat andaian bukan-bukan.

Tetapi akhirnya anda mendapati si dia melakukan curang dibelakang anda. Contohnya.

5. Anda seorang yang tidak mengambil kisah.

Apabila anda seorang yang baik, dan sentiasa berfikiran positif anda seperti tidak mengambil kisah apa yang dilakukan oleh si dia. Salah atau buruk itu bukanlah alasan untuk anda terus meninggalkannya kerana ia boleh diperbaiki.

Namun sedemikian, jika ini yang terjadi dalam hidup anda, eloklah anda fikir dengan sebaiknya kerana ia seumpama menyeksa diri sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,304 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen