“Apabila Terlalu Berdikari, Suami Jadi Super Hero Wanita Lain” – Ikuti Perkongsian Ini.

 

Ramai orang berpendapat bahawa lelaki ini mahukan wanita yang pandai berdikari sebagai calon isterinya. Mahir melakukan segala-galanya bersendirian serta hanya mengharapkan kudratnya untuk melakukan apa sahaja. Sebab itu rata-rata wanita mahu cuba menjadi wanita yang mampu berdikari dengan dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain.

Namun dalam tidak sedar, apabila telah biasa menjadi wanita yang berdikari ini, seorang isteri mula melakukan semua perkara bersendirian tanpa mengharapkan bantuan dari suaminya. Boleh dikatakan tugas rumah hingga ke masalah peribadi semuanya mampu diselesaikan secara bersendirian.



Tapi bagaimana pula suami itu nanti? Suami ini dikatakan ada satu sifat maskulin yang mana dia suka selesaikan masalah. Untuk ketahui lebih lanjut, mari ikuti perkongsian daripada Nieza Termizi ini.

Dulu saya fikir seorang suami suka isteri berdikari. Ye la.. Tak mengharapkan semua kat suami. Boleh buat sendiri. Tak susahkan suami.

Sehinggalah saya belajar satu fakta mengenai perbezaan sifat lelaki dan perempuan.

Lelaki ada satu sifat maskulin. Yang mana dia suka solve the problem. Dia rasa dirinya hebat dan kuat. Dia rasa dia BERJAYA dan MENANG jika dia dapat tolong orang lain selesaikan sesuatu masalah. Lebih-lebih lagi orang yang dibantu tu adalah orang yang dia sayang.

Dia rasa BERJAYA dan MENANG bila orang yang dibantu tu happy dan bahagia.

Ala..macam super hero. Kan dia ada sifat suka tolong orang lain. Bukan sebab dia nak popular. Tapi bila dia dapat settle kan masalah tu dia 'diangkat' sebagai Hero.



Macam tu jugalah suami kita. Ini fitrah.

Yang menjadi problem, bila isteri terlalu berdikari, semua boleh buat sendiri. Suami pula mengalihkan sifat maskulin tu kepada wanita lain. Bermakna, jika ada wanita lain perlukan bantuan, suami yang maskulin tidak teragak-agak memberi perhatian dan menyalurkan tenaga untuk memberi pertolongan. (Of course ada faktor lain). Apa yang berlaku seterusnya, mungkin kita semua dapat agak. Mohon dijauhkan..nau'zubillah

Oleh itu, ramai pakar rumahtangga berpesan, libatkanlah suami dalam rutin harian. Selalulah minta tolong seperti hantarkan atau ambil ke tempat kerja, tolong periksa enjin kereta, tolong buangkan sampah, cebokkan dan mandi anak, teman ke pasar, repair lampu, termasuk bukakan penutup botol sos yang baru dibeli.

Selain daripada itu, minta pendapat suami dalam setiap keputusan. Bila kita terima pendapatnya dia rasa diharapkan dan diberi perhatian. Apabila kita menghargai, dia rasa bertambah disayangi.

Begitulah..

#payung_rumahtangga



Selepas ini bolehlah mula ringankan mulut itu meminta bantuan dari suami. Ada masa perlu pandai berdikari dan ada masa perlu gunakan juga bantuan suami.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,516 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen