Jodoh Masih Sesat? Jom Ketahui Sebabnya.

 

“Mana jodohku, sesat dimana?”

Zaman sekarang walaupun teknologi semakin berkembang dan canggih, jodoh masih lagi tidak ketemui. Guna aplikasi waze dan maps juga, masih tidak jumpa koordinat si empunya diri. Pasti ramai sahaja berseloroh sebegini pada mereka yang masih lagi belum bertemu jodoh, bukan?

Tidak salah untuk berseloroh, tetapi kadang-kala apa yang keluar daripada mulut kita akan menjadi satu doa pula. Oleh kerana itu Allah memberi kita akal dan pancaindera untuk digunakan dengan sebaik mungkin. Digunakan ke arah kebaikan, supaya kebaikan juga yang akan berlaku dalam hidup kita.

Kalau boleh elakkan terlalu berfikiran negatif, dan selalu mengandaikan

“Jodoh aku sesat sebab kena langgar bas…”

“Jodoh aku sesat sebab lemas dilautan…”

“Jodoh aku masih sesat mungkin dia masih bayi lagi…” (Jodoh dengan mereka yang terlalu jauh beza umur)

Nauzubillahiminzalik.

Daripada kita terlalu berfikir tentang jodoh yang entah dimana. Jodoh yang sesat. Jodoh yang tidak kunjung tiba. Semak balik segala perbuatan dan percakapan kita. Adakah semua yang dilakukan untuk yang baik-baik sahaja? Adakah ia menjurus empunya diri untuk memperbaiki diri? Adakah ia membuatkan kita berfikiran terbuka dan dapat menerima orang dengan hati yang lapang?

Lakukan sesuatu perkara kerana Allah, bukan kerana manusia semata-mata. Dan lihat juga cara kita berdoa.

ADAKAH KITA BERDOA DENGAN CARA MEMAKSA?

Kerana jika anda berdoa seolah-olah memerintah pada Allah iaitu dengan cara memaksa, ia adalah salah satu asbab doa tidak dikabulkan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Akan dikabulkan doa setiap di antara kalian, selama dia tidak tergesa-gesa. Dia berkata, “Aku telah berdoa kepada Allah namun belum di kabulkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

ADAKAH KITA BERDOA DENGAN TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH?

Secara tanpa sedar kita berdoa dengan main-main, mulut terkumat-kamit tapi tidak tahu pula apa yang kita doakan. Kadang-kadang lalai, sebab terlalu memikirkan hal duniawi.

"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". (HR Tirmizi)


ADAKAH KITA BERDOA, TAPI TIDAK PULA BERUSAHA?

Doa dengan bermain-main, kemudian tidak mahu berusaha pula. Ia adalah satu perkara yang sia-sia sahaja. Pasti Allah dapat melihat setiap usaha anda. Usaha, Doa dan Tawakal.

Seperti Allah SWT telah berfirman;

“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Janji Allah SWT pada hambanya jika berdoa tanpa jemu adalah nescaya akan diperkenankan-Nya.

Lihat juga adab berdoa, adakah dengan merendahkan diri dan mengabdikan diri pada Allah SWT? Menghadap kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan?

Waktu berdoa pula adalah pada waktu sepertiga malam yang terakhir, pada waktu antara azan dan iqamah.

Jangan pula kita sebagai muslim melakukan sesuatu yang telah dilarang oleh-Nya seperti jumpa dengan bomoh dan seumpama dengannya

“Barang siapa yang mendatangi peramal  atau dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,560 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen