Antara Sebab Wanita Lebih Berkata Jujur Bukan Sekadar Cakap Lepas Ya.

 

Apabila anda menghabiskan masa dengan seseorang, pasti ada sesuatu yang membuat anda tidak selesa dengan dirinya. Tidak kira lah ia berkaitan dengan penampilan, pakaian mahupun rakan-rakan sekelilingnya. Namun begitu, jika anda ingin katakan satu perkara yang jujur terhadap dirinya itu, anda takut dirinya berkecil hati. Malah anda juga takut jika dicop sebagai mulut tidak ada insuran ataupun mulut yang laser.



“Tak payah buat, bukan jadi pun nanti.”

“Hangat-hangat tahi ayam aje tuh.”

“Asyik buat salah yang sama aje, bila nak pandai.”

Wahai lelaki, mereka ini bukan sekadar cakap lepas sahaja, tetapi mereka ini ada sebab sendiri mengapa mereka berkata lebih jujur terhadap diri anda. Mari ketahui sebabnya.

1. Dia mahukan yang terbaik untuk anda.

Pasangan mana yang tidak mahu yang terbaik untuk kekasihnya sendiri, pasti tidak ada bukan. Kadang kala dirinya bukan sengaja untuk menyakiti anda dengan kata-kata jujurnya itu tetapi ia mahu anda menjadi yang lebih baik dari sekarang. Sebab ia bukan salah satu teguran yang menjatuhkan tetapi satu teguran yang ingin membantu anda menjadi lebih baik.

2. Tidak mahu anda melakukan kesalahan yang sama.

Terdapat banyak sebab mengapa wanita lebih mudah berlaku jujur. Ia kerana apabila ditegur secara baik kadang kala susah untuk diikut serta diterima. Jadi dirinya perlu berlaku jujur sahaja tentang perkara tersebut, agar anda tidak melakukan kesalahan yang sama. Kadang kala diri sendiri ini tidak perasaan yang kita melakukan perbuatan yang sama berulang kali sehingga lah ada yang menegurnya.



3. Dia mempunyai pengalaman akan perkara tersebut.

Wanita ini dikatakan lebih mudah menyatakan satu perkara mengikut pengalaman dirinya. Jadi, setiap teguran dan kata yang jujur itu datang dari hatinya. Bila datang dari hati, ia bermaksud dirinya pernah melalui perkara tersebut. Sudah tentu lah dirinya tidak mahu anda melakukan kesilapan yang sama seperti dirinya.

4. Sebagai teguran.

Setiap kata yang keluar dimulutnya itu adalah satu teguran untuk anda. Jadi jangan lah ambil hati jika ia menyatakan satu yang jujur dan secara tidak langsung menyakiti anda. Hal ini kerana, kata-kata yang jujur itu sememangnya menyakitkan hati.

Jangan salah sangka daalm setiap kata-kata wanita yang jujur itu, ia bukan untuk menyakiti malah untuk memberi anda kebaikan dalam kata-katanya itu cuma mungkin ia agak kasar bagi anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,195 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen