Tanda-Tanda Lelaki Sudah Matang Adalah Cara Dia Mengawal Emosinya.

 

Orang kata lelaki ini lebih lambat untuk matang berbanding wanita. Bahkan lelaki juga dikatakan akan matang selepas berumur 25 tahun. Namun begitu, kematangan bukan diukur melalui umur seseorang, malah ia diukur berdasarkan sikap, kelakuan, perasaan serta tingkah laku orang tersebut. Kadang kala, lelaki yang kelihatan tidak begitu matang dalam perbualan hariannya tetapi dalam tingkah laku serta perasaannya dia seorang yang matang.

Secara umumnya, wanita lebih mudah matang berdasarkan perasaan dan tingkah lakunya. Akan tetapi, bagaimana kita ingin ketahui lelaki itu matang melalui emosinya? Mari ikuti.



1. Cara dirinya berkomunikasi dalam keadaan tegang.

Seorang yang matang akan memulakan tutur bicaranya dengan baik mengikut situasi yang dirinya alami. Terutama jika dia berada dalam situasi yang tegang, dia bijak mengawal emosinya. Di mana, setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya itu bukan hanya mengikut perasaan dan ingin memperjuangkan pihaknya sahaja. Malah ia juga menjaga kepentingan diri sendiri serta perasaan orang dihadapannya.

2. Lebih mudah meluahkan perasaannya.

Orang kata lelaki yang kuat tidak akan menangis, namun bagi lelaki matang menangis itu bukan tanda dirinya lemah. Malah ia adalah salah satu cara dirinya meluahkan perasaan. Bagi dirinya, memendam perasaan hingga menyebabkan hatinya terluka itu adalah bukan perkara yang sepatutnya. Oleh itu, lelaki matang ini akan berterus terang mengenai perasaan mereka itu.

3. Tingkah ketika berhadapan masalah.

Jika kalian berhadapan dengan satu masalah, dirinya tidak akan mudah terburu-buru membuat keputusan. Malah dia juga akan menjauhkan satu keputusan yang tidak bijak. Dia akan lebih bertenang dan cuba mencari satu keputusan yang jelas. Banyak perkara yang akan difikirkan sebelum membuat satu keputusan itu.



4. Mahu didengari.

Apabila anda bercinta dengan mereka ini, mereka ini akan mengunakan kaedah mahu didengari dan sedia mendengar. Mana tidaknya, dia tahu kaedah seperti ini selalunya mampu meluahkan perasaan mereka terhadap satu perkara. Biasanya orang yang banyak mendiamkan diri ini adalah orang yang tidak tahu berdepan dengan emosinya sendiri.

5. Berani berdepan dengan risiko.

Setiap keputusan yang diambil itu akan ada risikonya. Oleh itu, dia tidak akan pernah lari dari menghadapi perkara tersebut. Hal ini kerana dia tahu bahawa, setiap keputusan yang dibuat itu dia perlu bertanggungjawab terhadapnya. Jadi adalah lebih baik dia hadapi berbanding melarikan diri.

Sekarang anda sudah tahu jika pasangan anda itu seorang yang matang emosinya ataupun tidak. Jangan membuat satu keputusan yang salah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen