“Dah Buat Salah, Tak Nak Mengaku Salah” Jom Lihat Antara Sebab Pasangan Sukar Mengaku Salah.

 

Membuat kesalahan atau kesilapan adalah perkara yang normal akan terjadi dalam kehidupan kita. Setiap manusia pasti tidak akan lari daripada melakukan kesalahan. Namun, dikalangan kita, siapa sahaja yang berani mengakui kesilapan diri? Dan siapa pula yang berani mengungkapkan kata maaf terdahulu?

Perkara sebegitu pasti sukar untuk dilakukan, kerana setiap manusia itu memiliki egonya yang tersendiri. Jom lihat mengapa diantara kita sukar untuk mengakui kesalahan yang telah dilakukan..

1. Sukar untuk menerima sesuatu perkara itu sebagai kesilapan.

Yang paling utama manusia sukar untuk mengaku salah adalah kerana bagi mereka perkara yang mereka lakukan itu adalah betul. Bagi pandangannya sahaja, tetapi bagi pandangan orang lain tidak pula. Kadang-kala mereka menyedari perkara itu salah, tetapi peratusan kesalahan yang mereka rasakan kurang daripada yang betul.

2. Sukar untuk meminta maaf.

Perkara ini terjadi kerana ego dalam diri. Jika mereka mengungkapkan kata maaf bermaksud apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Dan ia juga bererti si dia telah menunjukkan kelemahannya pada orang ramai, dimana kelemahan tersebut sepatutnya disembunyikan. Perkara sebegini terjadi kerana tidak mahu dikritik apatah lagi diburukkan oleh pasangan.

3. Sukar melepaskan sesuatu yang tidak dapat dikawal.

Apakah perkara yang tidak dapat dikawal dan sukar untuk dilepaskan? Ia adalah ego. Jika ego tidak dilepaskan pasti ia akan memakan diri. Tetapi apabila dilepaskan takut diri dipijak. Kecelaruan dalam diri menyebabkan pasangan sukar untuk mengakui kesalahan. Mereka terlalu berfikir tentang masalah tetapi bukan solusipada setiap konflik tersebut. Lalu mereka akan menjadi serabut.

4. Terlalu menghukum dan menilai.

Mereka terlalu menghukum pada luaran seseorang. Malah kadang-kala suka juga menghukum dirinya sendiri dengan kesalahan yang dilakukan. Apabila diri sendiri terlalu hilang pertimbangan, mereka akan merasakan tiada erti untuk mengakui kesilapan diri dan mengucapkan kata maaf. Atau juga mereka ini terlalu paranoid dengan orang disekelilingnya. Jika terlalu mudah mengakui kesilapan, akan dipijak atau ditindas pula.

5. Tidak belajar daripada kesalahan.

Mereka ini juga tidak belajar dari kesilapan yang lalu. Kesilapan dan kesalahan tersebut hanya terkubur dan tidak memberi kesan apa-apa pun di dalam dirinya. Mahupun memberi kesan yang baik atau pun yang tidak baik. Ini juga disebabkan ego, malah merasakan dirinya sentiasa melakukan sesuatu yang betul sahaja.

6. Sukar juga untuk mengungkapkan terima kasih.

Orang yang sukar untuk meminta maaf adalah, orang yang sukar untuk mengucapkan terima kasih juga. Mereka ini terlalu berat mulut untuk mengucapkan kata-kata yang mulia ini, kerana ego dalam diri. Jika mengucapkan kata-kata ini mereka merasakan mereka berada di ‘bawah’. Entah kenapa dirasanya sebegitu rupa.

Tetapi jika pasangan boleh mengucapkan kata maaf dan berterima kasih adalah satu sikap yang matang telah dianugerahkan oleh Allah SWT.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,622 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen