7 Tanda Jodoh Serasi Atau Tidak Menurut Ustazah Siti Norbahyah.

 

Dalam mencari suami atau isteri sebagai peneman hidup di dunia ini sudah tentulah perlu lihat keserasian bersamanya. Hal ini kerana, nak hidup lama bersama serta mengharungi pelbagai cabaran hidup, sudah tentu lah perlu mencari pasangan yang serasi bersama. Namun begitu, tidak mudah untuk jumpa yang serasi ini. Tapi kalau jumpa pun, hati pasti ragu-ragu, adakah si dia itu serasi atau tidak dengan diri ini. Oleh sebab itu mari lihat tanda keserasian bersama pasangan menurut Ustazah Siti Norbahyah.



1. Rasa bahagia dengan suami. Tiap kali berada bersamanya, kita akan sentiasa rasa gembira, sayang dan sentiasa rasa semuanya baik-baik belaka.

2. Boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikap. Serasi tidak semestinya semua perkara sama dengan pasangan kita. Contoh isteri dan suami rajin, sama-sama suka masak dan lain-lain. Boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikapnya, misalnya suami suka masak sementara isteri pula lebih suka kemas rumah. Kalau masing-masing boleh bertolak ansur macam ni, serasilah maksudnya.

3. Rasa tenang. Cuba check bakal suami kalau telefon rasa tenang tak. Bila kahwin pula kalau tengok muka dia kita rasa tak berserabut, rasa tenang dan tak rimas. Kalau suami telefon lagi kita rasa best!

4. Selalu ada di sisi kita lebih-lebih lagi dalam keadaan memerlukan. Kalau kita demam ke tak sihat dialah paling utama risaukan kita. Kalau dilanda masalah lagilah, dia orang pertama yang tampil selamatkan kita.



5. Kita rasa selamat bila berada di sisinya. Bila suami ada kat rumah, isteri rasa selamat. Bila duduk di rumah sentiasa rasa takut macam takutkan pada raksasa, itu kena nilai semula. Mungkin anda bukan pasangan yang serasi.

6. Perkenalan kita dengannya akan buat kita semakin dekat dengan Allah. Selepas berkahwin kita mula solat, pergi masjid, baca Al-Quran, tahajud, qiamullail bersama-sama pasangan. Kita berubah menjadi semakin dekat dengan Allah. Ini tandanya jodoh kita serasi.

7. Ketawa dan menangis pun bersama. Orang kata susah dan senang bersama-sama. Inilah keserasian hakiki dalam rumah tangga.

Dah boleh dah periksa pasangan masing-masing. Jika tidak serasi cubalah cari keserasiannya bersama.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,083 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen