5 Tempat Hot Untuk Bertemu Kawan Baru, Chit Chat & Coffee, Dan Mungkin Jodoh.

 

Jodoh itu rahsia Allah, dan kita tidak tahu bila jodoh akan tiba untuk kita. Jodoh seseorang itu sememangnya telah ditentukan oleh Allah, selain anda berdoa memohon kepadanya, anda juga perlukan usaha untuk mencarinya. Anda perlu ingat jodoh ini tidak akan datang dengan sendirinya.

Pertemuan dengan jodoh ini biasanya adalah satu perkara yang tidak diduga. Mungkin anda pernah selisih bahu dengan dirinya ataupun, anda pernah berjumpa dengannya di mana-mana sebelum ini. Semuanya penuh dengan kemungkinan. Jadi selain kita berusaha mencarinya di dalam talian, mungkin kita perlu berdepan dengan dunia luar untuk mencari jodoh ini.



Berikut adalah lima tempat hot yang perlu anda cuba untuk mencari jodoh anda.

1. Universiti.

Semasa belajar ini, boleh dikatakan adalah masa yang sesuai untuk mencari jodoh. Kini ini anda akan bertemu dengan pelbagai orang serta berlainan jantina. Jadi gunakan peluang semasa belajar di universiti ini untuk berkenalan dan tambah rakan seramai yang mungkin. Kalau boleh cuba bebaskan pergaulan anda dan tidak tertumpu kepada satu kumpulan sahaja. Cuba sertai kelab-kelab dan persatuan untuk menjadikan anda lebih aktif. Secara tidak langsung anda akan berpeluang berjumpa dengan ramai orang, dan mana tahu anda akan berjumpa jodoh anda sekali.

2. Naik grab/uber.

Anda pernah dengar cerita tentang pasangan yang bertemu jodoh mereka ketika menaiki grab? Siapa sangka jodoh boleh tiba ditempat yang tidak disangka-sangka itu. Jadi apa kata sesekali anda menaiki grab untuk pergi ke sebuah tempat, jangan asyik menaiki kenderaan sendiri sahaja. Selain menjimatkan penggunaan kenderaan anda, siapa tahu anda akan bertemu jodoh anda. Siapa yang akan sangka jika perkhidmatan grab ini akan temukan jodoh anda.

3. Pengangkutan awam seperti kapal terbang, bas, KTM & LRT.

Gunakan waktu cuti atau waktu lapang anda untuk berjalan-jalan di bandar, sementara itu apa salahnya sesekali anda menggunakan pengangkutan awam. Selain menjimatkan, ia juga akan meluaskan pemandangan anda. Ia juga akan menjadikan anda seorang yang lebih terbuka dengan pelbagai ragam manusia. Namun begitu, ketika berada di dalam pengangkutan awam ini jangan lah pula anda terlalu asyik bermain dengan telefon bimbit anda sahaja. Cuba berborak dengan orang disebelah anda, mana tahu dia itu jodoh anda.



4. Pusat gym.

Selalunya orang pergi ke pusat gym ini untuk bersenam, serta mendapatkan tubuh badan yang ideal dan sihat. Tapi jangan tidak disangka pula ye, dalam mencari tubuh badan yang sihat ini, anda juga berpeluang untuk mencari jodoh anda di sini. Boleh lah anda mencari pasangan yang sama-sama suka lakukan aktiviti sihat ini. Kalau tidak dapat pengguna setia gym tersebut mungkin ada boeh dapat tuan punya gym. Siapa sangkakan, anda merupakan pelanggan setia gymnya merangkap pencuri hatinya.

5. Pergi travel melalui agensi perlancongan.

Biasanya kalau travel atau melancong ini ada dua jenis, sama ada secara sendiri (backpack) atau menggunakan khidmat agensi perlancongan. Kebiasaanya, kalau pergi sendiri ini anda akan lebih cenderung untuk membawa haluan anda sahaja, dan mengikut perancangan anda. Ia agak berbeza sedikit dengan anda pergi melancong bersama agensi perlancongan, anda akan terdedah dengan pelancong lain dan jika anda berseorangan dan berjumpa dengan pelancong yang berseorangan juga, boleh lah anda berkawan dengan dirinya. Dan sudah tentulah perkenalan dan perhubungan itu tidak hanya berakhir selepas habis selepas sudah melancong sahaja. Sudah pasti ianya boleh diteruskan lagi, jika si dia berlawanan jantina dan sama-sama single, bolehlah usaha untuk kedepan lagi.

Jika anda tidak pernah cuba lima tempat ini, hujung minggu nanti boleh lah anda cuba pergi ke semua tempat ini. Tapi ingat, jangan lupa jaga penampilan berserta tingkah laku juga ye. Kata nak cari jodoh, mestilah perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,068 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen