“Cantik, Tapi Sikap Buruk..” Jom Ketahui Apa Maksud Lelaki Sebenarnya Terhadap Wanita Sebegini.

 

Setiap wanita pasti suka pada kecantikan, apatah lelaki yang memandangnya. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, jika boleh mahu dijaga secara total. Satu bahagian kalau boleh tidak mahu terlepas. Dan barang penjagaan diri untuk menjadi cantik bukanlah mudah untuk dicari, malah harganya juga kadang-kala tidak masuk dek akal. Tetapi kalau nak jadi cantik, buat apa sahaja pun sanggup, asalkan berpuas hati, kan?

Namun sedemikian, ada sahaja wanita yang mahu kelihatan cantik kerana ingin membina keyakinan dalam diri tetapi lupa pada penjagaan dalaman iaitu akhlak. Terlalu mengejar apa yang manusia pandang, tetapi terlupa apa yang Allah SWT mahu lihat. Sudah lumrahnya begitu.

Tetapi apa pula pandangan lelaki dengan wanita yang cantik, tetapi bersikap buruk ini? Jom baca…

1. Terlalu perasan cantik.

Terlalu perasan dan terlalu gedik merasakan dirinya cantik. Itulah apa yang lelaki andaikan. Padahal tidaklah cantik mana pun, harapkan mekap yang bertepek berlebihan sehingga dapat menutup cacat cela dimuka. Malah apabila terlalu perasan diri cantik, terlalu bangga pula dengan diri sendiri sehingga sanggup memperkecilkan kecantikan wanita lain.

2. Terlalu berkasar dengan pasangan.

Lelaki memang mahu wanita yang berdikari dan tegas tetapi tidak pula wanita yang kasar. Kasar sebagai tomboy kadang-kala dapat diterima lelaki, kerana golongan ini hanyalah berpakaian seperti lelaki sahaja, namun ego dalam diri yang tinggi dan sukar dilentur.

Namun, kasar bagi pandangan lelaki adalah, bercakap sehingga tidak menjaga hati orang lain, bercakap seolah-olah dirinya lelaki sejati, memaki hamun seperti lelaki ditambah pula dengan carutan. Bercakap pun terjerit-jerit seperti lelaki, tetapi suara halus. Jadi, ia kelihatan amat menjengkelkan.

3. Terlalu suka memutar belit cerita.

Kadang-kala apabila bergossip wanta ada sahaja cerita yang dikongsikan. Tetapi apabila ceritanya itu tidak dapat menarik perhatian orang ramai, mula memutar belitkan cerita malah ada sahaja perkara yang ingin ditokok tambahkan. Jika kaum lelaki kadang-kala suka berbohong, wanita pula suka memutar belit cerita.

4. Terlalu cepat melenting dan baran.

Wanita memang terkenal dengan swing mood mereka. Jadi setiap saat, masa dan waktu pasti moodnya mudah berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan. Sehinggakan orang sekeliling tidak mahu mendekati waniat sebegini kerana sukar untuk diuruskan, hanya mengikut moodnya sahaja. Dan hanya mementingkan diri.

Jadi ubahlah sikap ini jika mahu nampak cantik dan manis.

5. Terlalu berfikiran sempit.

Jangan menjadi seseorang ‘tin kosong’ sahaja. Orang tanya pasal isu semasa, semua tidak tahu. Tanya tentang perdana menteri yang pertama, terus blur. Kadang-kala lelaki mahukan wanita yang berfikiran luas dan bijak, supaya banyak isu yang boleh dibualkan. Ketika muda memang semuanya mahu kelihatan cantik dan kacak sahaja.

Tetapi semakin meningkat usia anda, kecantikan itu bukanlah perkara yang paling penting untuk dilihat. Pasti nanti bosan juga semua perkara yang dibualkan asyik tak tahu sahaja.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 593,570 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen