“11 Kesilapan Seorang Isteri Dalam Tidak Sengaja” – Perkongsian Dari Dato. Mohd Fadzilah Kamsah.

 

Setiap orang mengimpikan sebuah rumahtangga bahagia, di dalamnya ada seorang isteri yang bahagia serta suami yang penyayang. Itu sememangnya impian yang diingini, namun begitu tidak semua perkara itu mampu berlaku kerana silap diri sendiri.

Menjadi seorang isteri ini kadang kala tidak lah perlu terlalu sempurna, tetapi cukup lah ia sekadar tidak melanggar perintah Allah serta mengingkari suaminya. Seorang isteri juga tidak lari dari melakukan kesalahan-kesalahan biasa. Mungkin pada awalnya dianggap kesalahan kecil tapi siapa tahu ia mampu melukakan hati si suami.



Berikut adalah 11 kesilapan seorang isteri yang kadang kala dilakukan tanpa sengaja.

1. Mengharapkan keluarga yang terlalu "IDEAL" dan sempurna.

Semua org mengharapkan yang terbaik dlm rumahtangga. Tetapi realitinya, rumahtangga yang bahagia memerlukan pengorbanan & pengukuhan yang berterusan. Sedangkan lidah lagikan tergigit!!!

2. Nusyuz (tidak taat kepada suami).

Wanita yang melakukan nusyuz adalah wanita yang melawan suami, melanggar perintahnya, tidak taat kepadanya, dan tidak redha pada kedudukan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah tetapkan untuknya.

Terdapat beberapa jenis nusyuz, diantaranya adalah:

a. Menolak ajakan suami ketika mengajaknya ke tempat tidur, dengan terang-terangan maupun secara samar.

b. Mengkhianati suami, misalnya dengan menjalin hubungan gelap dengan lelaki lain.

c. Membenarkan seseorang yang tidak disenangi suami atau yang bukan mahram ke dalam rumah.

d. Lalai dalam melayani suami.

e. Mubazir dan menghambur-hamburkan wang pada yang bukan tempatnya.

f. Menyakiti suami dengan tutur kata yang buruk, mencela, dan menghinanya.

g. Keluar rumah tanpa izin suami.

h. Menyebarkan dan mencela rahsia-rahsia suami.



3. Tidak menyukai keluarga suami.

4. Tidak menjaga penampilan diri agar sejuk mata suami bila memandangnya.

5. Kurang berterima kasih kepada pemberian & khidmat suami.

6. Mengingkari kebaikan suami.

“Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita kerana ingkar kepada suami & tidak bersyukur dengan pemberian suami.”

Bukan, mereka mengingkari Allah, tapi mereka mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah diperbuat suaminya. Andaikata seorang suami berbuat kebaikan sepanjang masa, kemudian seorang isteri melihat sesuatu yang tidak disenanginya dari seorang suami, maka si isteri akan mengatakan bahwa ia tidak melihat kebaikan sedikitpun dari suaminya. Demikian penjelasan Rasulullah SAW dalam hadith yang diriwayatkan Bukhari (5197).

“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.” (HR: Ahmad)

7. Mengungkit-ungkit kebaikan.

Setiap orang tentunya memiliki kebaikan, tak terkecuali seorang isteri. Yang jadi masalah adalah jika seorang isteri menyebut kebaikannya di depan suami seolah olah mengungkit apa yang telah di lakukan itu.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al Baqarah: 264]

8. Sibuk di luar rumah.

Seorang isteri terkadang memiliki banyak urusan di luar rumah. Kesibukan ini tidak ada salahnya, asalkan mendapat izin suami dan tidak sampai mengabaikan tugas dan tanggung jawabnya.

9. Cemburu buta.

Cemburu merupakan tabiat wanita, ia merupakan suatu ekspresi cinta. Dalam batas-batas tertentu, dapat dikatakan wajar bila seorang isteri merasa cemburu dan memendam rasa curiga kepada suami yang jarang berada di rumah. Namun jika rasa cemburu ini berlebihan, melampaui batas, tidak berasas, dan hanya berpunca daripada curiga, maka rasa cemburu ini berubah menjadi cemburu yang tercela.

10. Kurang menjaga perasaan suami.

Kepekaan suami maupun isteri terhadap perasaan pasangannya sangat diperlukan untuk mengelakkan konflik. Seorang isteri hendaknya senantiasa berhati-hati dalam setiap ucapan dan perbuatannya agar tidak menyakiti perasaan suami. Ia harus menjaga lisannya dari kebiasaan mencaci, berkata keras, dan mengkritik kpd kaedah yang memujuk & berhikmah. Isteri harus berusaha untuk menampakkan wajah yang ceria, menyenangkan, tidak bermuka masam, dan menyejukkan ketika dipandang suaminya.

11. TAK JAGA IBADAH & Kurang berdoa untuk kebahagiaan rumah tangga.

Doa itu senjata org yang beriman. Justeru, setiap pasangan harus sentiasa patuh perintah Allah & banyak berdoa agar sentiasa dlm rahmat & perlindungan Allah SWT. Aamiin.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,982 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen