“Niat Berkerja Untuk Membantu Suami Atau Takut Ditinggalkan?”- Ikuti Perkongsian Ini.

 

Zaman sekarang ini tidak pelik jika melihat wanita berkerja. Hal ini dikatakan sebagai membantu kewangan di dalam isi rumah ataupun membantu kukuhkan ekonomi sendiri. Wanita berkerja itu bukan lah satu masalah, malah ia turut disenangi.

Namun begitu, ada yang peliknya apabila seorang isteri tidak berkerja. Pasti akan ada ayat-ayat yang tidak menyedapkan hati si isteri hingga dia mengambil keputusan untuk berkerja. Antara ayatnya adalah seperti, tak risau ke kalau suami cari lain nanti? Macam mana kalau suami tidak mampu bekerja nanti?

Jika niat berkerja untuk membantu kewangan suami atau keluarga, itu tidak menjadi masalah. Yang merisaukan niat seseorang itu berkerja kerana kerisauan yang tidak berasas. Mari baca sedikit perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini.



"Kau ni jadi suri rumah, tak keje, tak berniaga, tak ade pendapatan, kau tak takut kena tinggal dengan laki kau ke?"

Aik, kenapa nak kena takut pulak? Kita yang bekerja ni, sebab tengah prepare untuk nak kena tinggal ke? Kita yang berniaga ni, nak bagi ada duit sebelum kena cerai ke?

Fikir la yang baik-baik, yang positif... Dia jadi suri rumah itupun sebenarnya satu pekerjaan, cuma bezanya "pendapatan" dia bukan dalam bentuk wang ringgit, Allah "bayar" dengan "masa". Dia dapat tengok anak membesar depan mata dia, dapat jaga anak dengan sendirinya, dapat uruskan umahtangga dia sepenuhnya, dapat layan suaminya dengan sebaik mungkin.

"Masa bekerjanya" adalah untuk suami dan anak-anaknya.

Awak yang bekerja, awak yang berniaga, betulkan la niat tu. Awak bekerja, berniaga memang niat sebagai persediaan ke arah berpisah ke? Kerana takut laki tinggalkan awk sehelai sepinggang, tanpa duit, tanpa apa-apa?



Itu bunyi macam awak tak yakin yang rezeki datang dari Allah. Allah dah berfirman dalam surah An Nisa, ayat 130, "Dia yang akan mencukupkan jika kedua-duanya bercerai..."

Betulkan niat tu dulu, sebab setiap apa yang berlaku dalam hidup ni bermula dengan niat. So, tak payah la niat ke arah tu. Keje dan berniaga, bagi ada pendapatan, tapi matlamatnya untuk perkara lain, dan bukannya sebagai persediaan untuk diceraikan, ditinggalkan dan usah pertikaikan kenapa orang lain tak keje macam awk, tak berniaga macam awk. Walaupun awk ada pendapatan, itu bukan "lesen" untuk awk nak menyibuk jaga rumahtangga org lain...

Dia pilih jalan dia, awak pilih jalan awak...

Tawakalnya dia terhadap rumahtangganya hanya Allah sahaja yang tahu. Doakan yang baik-baik untuk dirinya dan diri kita. Tak semua persoalan itu, perlu ada jawapannya.

Semoga perkongsian ini membantu untuk memperbetulkan semula niat kita itu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,191 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen