Antara Hutang PTPTN Dengan Umrah, Mana Yang Patut Didahulukan? Jom Baca!

 

Sebagaimana yang kita tahu, zaman sekarang ramai sahaja graduan yang meminjam dengan PTPTN untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang mereka idamkan. Ada sahaja yang terpaksa meminjam kerana kondisi keluarga yang tidak mengizinkan dari segi kewangan.

Ada juga sebahagian daripada kita tidak layak pula untuk menerima sebarang biasiswa oleh kerana sebab-sebab tertentu. Sebagai manusia yang terlalu banyak dosa, usahlah mempertikaikan atau memandang rendah pada mereka yang tidak layak tersebut.

Namun yang menjadi tanda tanya para graduan adalah, dengan hutang PTPTN yang terlalu banyak, tetapi niat dihati ingin mengerjakan umrah bersama keluarga sentiasa menjadi dilemma. Adakah harus utamakan hutang PTPTN terdahulu kemudian baru mengerjakan umrah?

Atau mengerjakan Umrah terdahulu, kemudian melangsaikan hutang tersebut. Namun sedemikian, mungkin perkongsian dibawah dapat menjelaskan sedikit tentang isu ini…

********

Terdapat dua jenis hutang. Hutang yang perlu dilangsai segera dan hutang bertangguh. Dalam soal hutang PTPTN, kami berpendapat ia dalam kategori hutang boleh diurus yang dibayar secara bulanan. Inilah pendapat Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Idhah. Justeru, tidak masalah untuk mengerjakan umrah dalam masa yang sama membayar PTPTN. Kaedah mengatakan:

الجمْعُ بَيْنَ المَصْلَحَتَيْنِ أوْلى من إِبْطَالِ إِحْدَاهُما

 Maksudnya: Menggabungkan perlaksanaan dua maslahah itu lebih utama daripada membatalkan salah satu daripada keduanya.

********

Oleh itu dengan penjelasan dari perkongsian di atas, lebih elok jika dibayar hutang tersebut secara ansuran bulanan dan kemudian sama-sama mengerjakan Umrah. Jika mendahulukan salah satunya, khuatir tidak sempat pula untuk lakukan secara satu persatu. Mana yang mudah kita turuti.

Wallahua’lam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,010 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen