Jangan Berkahwin Kerana Terpaksa, Terutama 3 Perkara Ini.

 

Perkahwinan adalah impian setiap orang. Di mana di dalamnya penuh dengan rasa cinta dan bahagia antara dua hati. Setiap wanita pasti mahu sebuah perkahwinan yang membahagiakan, di mana dia mampu menjadi isteri serta ibu yang baik kepada pasangan dan anak-anaknya. Namun begitu, perkahwinan ini tidak boleh dilakukan secara terburu-buru ataupun terpaksa.

Perkahwinan ini perlu dinikmati, jadi jangan berkahwin kerana terpaksa terutama jika ia melibatkan 3 hal ini. Mari ketahuinya.



1. Sebab hanya ada dia.

Setiap wanita pasti mengimpikan hanya sekali sahaja perkahwinannya. Sebab itulah pentingnya dalam memilih pasangan. Jangan anda memilih bakal suami anda hanya kerana anda memiliki dia sahaja ataupun dia sahaja yang mahukan anda. Jangan terburu-buru. Anda seharusnya besabar dan menunggu seseorang yang tepat.

Anda perlu berkahwin dengan seseorang yang mempunyai tujuan yang sama dengan anda. Iaitu tujuan dalam membina keluarga yang bahagia. Bukan hanya memilih pasangan yang sesuai tetapi anda juga perlu memilih bapa yang baik buat anak-anak anda nanti.

2. Sudah didesak keluarga.


Berkahwin bererti anda akan memulakan kehidupan baru untuk anda. jadi dengan itu jangan membuat satu keputusan secara terburu-buru serta tidak berfikir panjang. Anda perlu berkahwin apabila anda sudah bersedia untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri bukan kerana desakan keluarga anda.

Walaupun mereka keluarga anda, tetapi yang menjalankan kehidupan berumahtangga itu adalah anda dan pasangan anda. Pertanyaan bila akan berkahwin itu sememangnya menyakitkan hati, tetapi anda akan lebih terluka dan sakit lagi jika anda membuat keputusan yang salah dalam hidup anda. Tak akan anda ingin menyalahkan mereka kerana masalah rumahtangga anda nanti?



3. Kerana faktor umur.

Faktor umur ini adalah antara penyebab ramai wanita terpaksa berkahwin dengan segera. Mana tidaknya, semakin meningkat usia, ia semakin membimbangkan para wanita. Jadi jika anda merasakan bahawa umur anda sudah meningkat bererti anda perlu berkahwin itu adalah silap. Hal ini kerana, wanita takut akan beberapa perkara seperti perkataan andartu ataupun tidak subur lagi.

Jangan jadikan umur itu sebagai alasan untuk anda terburu-buru dalam membuat keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan itu bukan satu perlumbaan, berkahwinlah saat anda sudah bersedia.

Berkahwin secara secara rela dan bersedia ini sudah tentu lah lebih banyak kebaikannya. Hal ini kerana, anda akan lebih bijak untuk tangani masalah anda serta tidak merasakan perkahwinan yang dibina itu satu beban buat anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen