Jangan Lakukan 4 Perkara Ini, Sekiranya Tidak Mahu Berpisah Dengan Pasangan.

 

Kini, setiap insan yang sudah berkahwin mahupun sedang bercinta akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tidak berpisah dengan pasangan. Tetapi sekiranya berpisah juga, asbab tertentu adalah tiada lagi jodoh. Jodoh yang tidak kesampaian. Namun sedemikian, banyak sahaja cara yang boleh mencegah daripada berlakunya perpisahan.

Jom elakkan beberapa larangan ini ketika dalam hubungan dengan si dia…

1. Terlalu asyik mengambil gambar setiap perkara.

Di zaman teknologi kini, hampir semua benda kita mahu kongsikan di media sosial. Tetapi ketahuilah, ada bezanya mengambil gambar untuk kenangan, dengan mengambil gambar hampir semua benda. Tidak salahnya nak bergambar di hari raya, di birthday party, di majlis penyampaian hadiah anak atau bergambar sewaktu percutian keluarga. Semestinya anda mahu merakam memori indah untuk simpanan di hari tua.

Tetapi kadang kala, lebih baik sekiranya anda berhenti seketika mengambil gambar dan menikmati momen tersebut semaksimum mungkin dengan pasangan. Pasangan disisi janganlah pula diendahkan. Mereka adalah insan yang bernyawa anda perlu hargai.

2. Terlalu berada dalam zon yang selesa.

Anda terlalu selesa ditempat anda duduk dan berdiri. Anda adalah seorang yang terlalu biasa dan normal, sehinggakan hubungan menjadi semakin lama semakin hambar. Tiada yang baru atau tiada cabaran dalam hubungan kalian berdua.

Sebagai contoh, anda berdua sedaya upaya mengelakkan untuk tidak bergaduh, yang akhirnya menjurus ke arah tiada langsung pergaduhan berlaku antara anda berdua. Terlalu takut sekiranya berlaku berbeza pendapat, padahal ia adalah perkara yang biasa untuk mengetahui pasangan dengan lebih mendalam.

Jangan begitu, sekiranya terdapat perbezaan pendapat, luahkan sahaja.

Selain daripada itu, aktiviti yang dilakukan bersama pasangan. Bosan juga sekiranya setiap kali keluar hanya menonton wayang dan meluangkan masa di dalam shopping mall sahaja. Keluar dari zon selesa itu, dan lakukan pelbagai aktiviti di luar shopping mall pula.

3. Melewat-lewatkan solat dan tidak solat berjemaah.

Pada pasangan yang telah berkahwin, amalan ini perlulah dielakkan. Solat itu tiang agama. Sekiranya tiangnya tidak teguh, masakan binaan tersebut kukuh, bukan? Solat itu penting terutamanya untuk menegah kita dari melakukan perkara yang mendatangkan dosa. Sedaya upaya untuk solat pada awal waktu, dan ajaklah pasangan untuk melakukan secara berjemaah. Disiplinkan diri bersama pasangan juga.

Selain itu, solat berjemaah adalah pengikat kasih dan hubungan sesama ahli keluarga. Amalkan solat berjemaah setiap kali bersolat. Nescaya, Allah akan merahmati dan memberkati keluarga anda, inshaAllah.

Bak kata pepatah, “memimpin melalui teladan”, supaya apabila memiliki anak kelak, mereka akan menurut nasihat anda dengan baik kerana mengikuti jejak langkah ibu bapanya yang sentiasa mengutamakan solat.

4. Tidak mengucapkan ‘I Love You’.

Jangan lupa untuk meluahkan perasaan sayang pada pasangan. JANGAN LUPA! Biarlah ucap setiap hari, setiap minit, setiap saat, walaupun kadang-kala pasangan rimas untuk mendengar, jangan lupa untuk ucapkan. Ucapan ini penting dan sewajarnya diucap selalu supaya pasangan rasa dihargai dan disayangi.

Buangkan rasa ego atau malu dan luahkan perasaan sayang pada pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,454 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen