Siapakah Mahram Bagi Wanita Yang Telah Berkahwin Di Sisi Keluarga Mentua? Jom Baca!

 

Secara asasnya, untuk mengetahui sama ada seseorang itu mahram atau tidak bergantung kepada status sama ada mereka boleh berkahwin dengan kita atau tidak.

Jika seseorang itu diharamkan kita berkahwin dengannya, maka orang itu adalah mahram. Jika dia halal untuk kita berkahwin dengannya, maka orang itu bukan mahram.

Seseorang yang bergelar mahram, kita dibenarkan untuk bersalaman dengannya, manakala auratnya dengan kita sama dengan aurat ibu dan adik-beradik kandung. Aurat antara mahram jika dia seorang wanita ialah dari dada hingga lutut mengikut pandangan yang kuat.

Ini bermakna, wanita berkenaan boleh menampakkan bahagian rambut, leher, tangan dan betis. Adapun kawasan anggota antara dada hingga lutut adalah haram dibuka.

Mahram bermaksud, orang yang diharamkan kita mengahwininya buat selamanya dan bukan bersifat sementara seperti ipar duai.

Mahram boleh terjadi menerusi pertalian nasab, perkahwinan atau penyusuan. Untuk lebih penjelasan, maka dua pembahagian di bawah perlu difahami;

  • Mahram disebabkan perkahwinan bagi seorang lelaki akan hanya membabitkan empat orang daripada sebelah mentua iaitu ibu dan nenek isteri (ibu mentua dan nenek mentua).
  • Menantu (isteri kepada anak lelakinya atau isteri kepada cucu dan cicit.
  • Anak dan cucu tiri (anak perempuan isteri, cucu perempuan isteri hingga ke bawah). Ibu dan nenek tiri (isteri bapa atau isteri datuk hingga ke atas).

Oleh itu, apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita, maka hanya ibu, nenek, anak perempuan isteri (anak tiri) dan cucu perempuan isteri (cucu tiri) sahaja yang menjadi muhrimnya daripada kalangan keluarga isterinya.

Berhadapan lelaki, wanita asing.

Adapun wanita lain seperti adik ipar, kakak ipar, ibu saudara isteri, anak saudara isteri dan sebagainya adalah bukan daripada golongan mahramnya. Sehubungan itu, antara mereka wajib menutup aurat sama seperti mereka berhadapan dengan lelaki atau wanita asing.

Bagi wanita pula, mahramnya dengan sebab perkahwinan juga membabitkan empat orang iaitu bapa dan datuk suaminya (iaitu bapa mentua dan datuk mentua). Menantu (iaitu suami kepada anak perempuannya dan suami kepada cucu atau cicit perempuannya).

Anak dan cucu tiri (iaitu anak lelaki dan cucu lelaki suaminya), bapa atau datuk tiri (iaitu suami kepada ibunya atau suami kepada neneknya).

Sehubungan itu, apabila seorang perempuan telah berkahwin, maka hanya bapa, datuk, anak lelaki dan cucu lelaki suaminya sahaja yang menjadi mahram kepadanya daripada kalangan keluarga suami.

Ketika berhadapan dengan mereka, golongan wanita dibenarkan membuka tudung dan menampakkan anggota selain dari dada hingga lutut. Selain itu, wanita itu juga dibenarkan untuk bersalaman dengan semua empat lelaki terbabit.

Adapun golongan lelaki selain yang disebut seperti adik atau abang ipar, bapa saudara suami, anak saudara suami dan seumpamanya adalah bukan mahram. Maka dia tidak boleh bersalaman serta mendedahkan aurat di hadapan mereka kecuali muka dan pergelangan tangan sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen