5 Tabiat Buruk Yang Perlu Dibuang Jika Ingin Mengekalkan Hubungan Suami Isteri.

 

Setiap manusia pasti memiliki sikap buruk yang tersendiri. Ada sahaja insan yang dapat membuang sikap buruk tersebut semata-mata oleh orang yang tersayang. Dan ada juga yang sukar untuk membuangnya, dan mengambil masa yang lama untuk dibaiki.

Dalam perkahwinan, ada sikap-sikap buruk yang tertentu perlu dibuang kerana untuk mengelakkan hubungan semakin menjauh dan pasangan mula berfikir untuk berpisah. Antara sikap atau tabiat buruk yang perlu dibuang adalah…

1. Terlalu suka menghakimi pasangan lain.

Lumrah manusia yang sering membanding-banding kehidupan dengan orang lain. Sikap sebegini akan menjadi kebiasaan apabila tidak dielakkan pada peringkat awal kerana anda seolah-olah akan memandang kesalahan pada orang lain sahaja. Anda hanya lihat pasangan lain suka menunjukkan kebahagiaan di sosial media dan anda mula membuat andaian;

“Alahhh…mesti tak bahagia, sebab tu boleh hadap phone, update status…”

“Kalau bahagia mana ada menunjuk-nunjuk kat instagram…”

2. Terlalu suka bercakap negatif tentang diri sendiri.

Anda terlalu suka menilai diri sendiri dengan tanggapan yang buruk dan begatif. Padahal pasangan berasa anda adalah manusia yang sempurna dimatanya. Terutamanya berkenaan dengan fizikal. Anda berasa diri terlalu gemuk dan seperti tidak layak untuk berdampingan dengan pasangan. Walhal pasangan tidak kisah pula dengan badan anda semakin berisi.

Apabila pasangan mencadangkan beberapa perkara untuk mengekalkan badan yang sihat dan mengikuti diet yang betul, anda terlalu negatif dan selalu sahaja dengan “Tak boleh…” “Tak boleh kurus ni…”

Berbuat baiklah dengan diri sendiri. Sayangilah diri sendiri.

3. Terlalu sibuk dengan perkara lain.

Terlalu sibuk dengan perkara lain seperti kerja dan telefon bimbit sehinggakan tidak sempat untuk meluangkan masa dengan suami atau isteri mahupun anak-anak. Anda perlu tahu membahagikan masa sama ada untuk bekerja dan meluangkan masa dengan ahli keluarga. Jika dirumah juga terlalu sibuk bermain dengan telefon bimbit sehingga tidak sedar dengan kehadiran keluarga disisi, apakah makna keluarga bagi anda?

Berhenti seketika. Ingatlah, hidup ini singkat. Anda tidak tahu bila kali terakhir anda menghabiskan masa dengan orang yang tersayang.

4. Terlalu suka berkata buruk tentang orang lain.

Ini adalah salah satu tabiat atau sikap buruk yang AMAT PERLU anda buang, kerana ia menunjukkan hanya anda sahaja yang baik dan tidak pernah melakukan kesilapan. Islam juga melarang berkata buruk berkenaan orang lain. Seumpama anda sedang mengumpat tentang seseorang dengan rakan-rakan betapa anda tidak sukanya pada orang tersebut.

Jika anda lakukan tabiat sebegini dengan pasangan anda, ia akan menjuruskan hubungan kalian terlalu negatif kerana sering berkata-kata pasal orang. Terlalu sibuk menjaga hal orang lain, sehinggakan hubungan kalian berdua tidak terjaga pula.

5. Terlalu suka mengawal semua perkara berseorangan.

Yang si suami terlalu protective, si isteri pula terlalu cemburu hingga terbit rasa curiga dalam hati. Perkara sebegini akan membuatkan pasangan akan tertekan, dan mulai menyimpan perasaan dendam. Tidak mahu diluahkan kerana khuatir akan menimbulkan pergaduhan. Jadi, sekiranya berlaku apa-apa sahaja, berkomunikasilah dengan pasangan. Jangan memendam perasaan.

Jadi, antara suami isteri perlu memberi ruang sedikit untuk ‘bernafas’ dan bertenang supaya dapat mengakui kesilapan tanpa prejudis.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,644 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen