“Dalam Rumah Tangga, Sepatutnya Suami Atau Isteri Jangan Terlalu Berkira Dengan Pasangan…” Jom Baca!

 

Untuk membina rumah tangga yang harmoni, melayari bahtera perkahwinan dengan aman dan tenang, suami dan isteri sepatutnya perlu saling berkorban dalam apa jua keadaan dan situasi. Setelah berkahwin kehidupan lelaki dan wanita memerlukan pergantungan antara satu sama lain, bukannya keseorangan sama ketika pada zaman bujang.

Suami isteri sepatutnya jangan terlalu berkira antara satu sama lain, kerana ini akan menjurus salah seorang untuk terus hidup berdikari seolah-olah….

“Lebih baik tak payah kahwin macam ni…semua benda aku je yang kena buat…”

Apabila terdetiknya dan tercetusnya perasaan sebegini, ini yang akan membuatkan pasangan mula mengungkit tidak puas hati lalu berlakulah pergaduhan yang tidak dijangkakan.

Suami janganlah terlalu kedekut dengan isteri, isteri pula jangan pula terlalu mengikut emosi.

********

Jom ikuti perkongsian dari Najmi Nawawi berkenaan dengan situasi jangan berkira dengan pasangan ini…

Perasan tak? Ramai suami yang sanggup habiskan duit beli Iron Steam Phillips, Kuali Le Creuset, Tupperware yang pelbagai function, Noxxa, Dyson vacuum dan sebagainya.

Bukan mereka membazir atau manjakan pasangan. Tapi aku percaya, ini berlaku kerana mereka dah selalu tolong pasangan dengan kerja-kerja di rumah.

Jangan malu untuk mengemas rumah, basuh pinggan, atau memasak. Kerana ia sedikit pun tak akan merendahkan darjat. Lebih-lebih lagi masa isteri tengah pregnant atau selepas bersalin.

Kudrat kaum adam lebih kuat dari kaum hawa. Tunjukkanlah kegagahan itu di rumah dalam mengemas, membasuh dan sebagainya.

Ianya akan mula menjadi masalah apabila pasangan suami isteri suka untuk menuntut hak masing-masing. Kononnya ini kerja isteri sahaja, bukan kerja suami dan juga sebaliknya.

Jika berlaku, “ini hak aku dan ini hak kau”. Ianya sangat bahaya.

Penat memang penat, tapi itulah kehidupan rumahtangga. Ada masa kita tolong pasangan, ada masa yang lain, dia pula yang akan tolong kita.

Ringankan beban antara satu sama lain. Bukan orang lain, keluarga kita juga.

********Semoga Bermanfaat********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen