Ketahui Perbuatan Tanpa Sengaja Yang Mengundang Rasa Cemburu Teman Lelaki Anda.

 

Biasanya kita lihat wanita sahaja yang kaki cemburu. Sikit-sikit merajuk sebab cemburu. Itu adalah kebiasaan bagi wanita. Yang menjadi luar biasanya adalah apabila teman lelaki kita ini cemburu. Mana tidaknya, orang lelaki ini biasanya terlalu menjaga air muka sehinggakan nak mengaku mereka itu cemburu pun susah.

Namun begitu, tidak semuanya perkara mereka ini mampu kawal perasaan cemburu mereka itu. Nak-nak lagi kalau ia perbuatan yang terus menerus. Mari kita uji perasaan cemburu pasangan dengan 5 perkara ini.



1. Kelihatan mesra dengan rakan lelaki.

Telah menjadi kebiasaan orang lelaki ini akan mudah rasa cemburu dengan rakan lelaki anda. Pada awalnya mungkin pasangan anda tidak mahu mengakui perasaan tersebut. Namun dalam diam mereka ini makan hati dengan kemesraan anda. Jadi jika dia masih tidak menyatakan apa-apa mengenai anda dan rakan anda, teruskan sahaja bermesra dengan mereka. Tapi kalau tiba-tiba dia beri amaran, itu menandakan dia cemburu. Jadi mula jaga pergaulan anda ye.

2. Kagum melihat lelaki lain.

Wanita ini biasanya mempunyai artis-artis yang diminati. Sebagai contoh, rata-rata wanita di Malayasia ini lebih menyukai artis korea kerana rupa paras mereka yang comel dan menarik hati. Mungkin bagi wanita ia biasa-biasa sahaja meminati seseorang artis. Namun, bagi teman lelaki anda dirinya pasti rasa cemburu kerana anda akan melihat kelebihan artis tersebut berbanding dirinya. Bahkan sudah tentu lah dirinya merasakan sedikit kalah dengan mereka itu.



3. Tidak keluar bersamanya selalu tapi lebih bersama dengan rakan-rakan.

Orang lelaki ini juga mudah rasa cemburu apabila anda lebih banyak meluangkan masa dengan orang lain berbanding dirinya. Mana tidaknya, setiap kali anda perlu keluar bersamanya sudah tentu mempunyai pelbagai halangan dan alasan, tetapi jika rakan-rakan anda pasti ada sahaja masa. Paling tidak pun, anda akan cari masa untuk mereka. Sudah tentu lah ia akan menimbulkan rasa cemburu dirinya kerana anda lebih banyak bersama orang lain berbanding dirinya.

4. Bekas kekasih anda lebih banyak kelebihan.

Yang berlalu biarkan berlalu, itu bagi anda tetapi bagi dirinya, bekas kekasih anda itu pasti akan menghantui dirinya. Lebih-lebih lagi jika bekas kekasih anda itu banyak kelebihan berbanding dirinya. Walaupun anda sudah tidak kisah akan perkara tersebut, buat dirinya ia adalah satu perkara yang timbulkan rasa cemburu dirinya.

Biasanya anda tidak akan sedar akan perkara-perkara ini sehinggalah dirinya memberi teguran kepada anda. Selepas mengetahui ini, boleh lah anda berhati-hati.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,304 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen