“Kesalahan Suami Itu Didoakan, Bukan Diaibkan Serta Dihebohkan” – Ikuti Perkongsian Ini.

 

Berjodoh dengan seseorang yang tidak dijangka kelakukannya itu bukanlah seperti yang kita mahu. Boleh jadi si isteri mahupun suami itu bukanlah pasangan yang sesuai untuk kita. Tapi itu di mata kita, di mata Allah, dial ah jodoh yang paling sesuai untuk kita.

Sudah pasti lah dalam setiap doa itu kita mahukan pasangan yang baik namun, Allah tahu mana yang lebih sesuai untuk diri kita. Namun begitu, sebagai seorang isteri mahupun suami ini, keburukan pasangan kita ini tidak perlu lah dihebohkan. Cukuplah sekadar hanya kita dan dia sahaja yang tahu.

Lebih elok lagi jika kita minta ampun pada Allah bagi pihak pasangan kita. Mari kita baca sedikit perkongsian daripada Amir Al-Hafiz ini.



Isteri yang bangun tengah malam minta ampun pada Allah bagi pihak suami, kerana dia tahu suami dia buat jahat, dia tahu suami dia malas solat, dia tahu suami dia buat dosa. Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya.

Jadi para isteri, kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan. Bukan diceritakan. Bukan diaibkan. Lagi teruk apabila menghina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami, dia sebab isteri itu di terima ke Syurga, atau dihumban dalam neraka!



Dari Abdullah bin Abbas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: "Maukah ku beritahukan kepada kalian tentang isteri-isteri kalian yang termasuk penghuni Syurga? Iaitu perempuan yang mencintai suaminya, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika ia menyakiti atau disakiti, ia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata: Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau ridha kepadaku." (HR Al-Nasa'i).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada diri anda.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,830 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen