Bila Isteri Mengadu Penat, Suami Kena Lakukan 6 Perkara Ini. Mari Ikutinya.

 

Menjadi seorang wanita, ibu dan isteri ini sememangnya memenatkan. Tambah-tambah lagi jika dirinya adalah wanita yang berkerjaya, mana nak uruskan rumahtangga lagi, mana nak urus hal kerja lagi. Jadi kehidupan seharian wanita seperti ini sudah semestinya akan sentiasa sibuk.

Jadi apa yang harus seorang suami perlu lakukan untuk membahagiakan si isteri seterusnya meringankan beban mereka ini. Sudah pasti lah menghulurkan sedikit bantuan kepada para isteri. Bagaimana? Mari ikuti perkongsian daripada Shaza Baharuddin 6 cara suami bantu redakan tekanan isteri.



Catatan Shaza…

Setiap isteri pasti merasa tertekan apatah lagi bagi mereka yang bekerjaya. Begitu juga dengan suri rumah yang terpaksa membuat pelbagai kerja seawal membuka mata sehinggalah ketika masuk tidur. Bak kata orang, kerja suri rumah tidak pernah habis.

Saya juga tidak terkecuali maka saya hasilkan buku bertajuk 99 Stress Free Wife. Buku yang menceritakan kisah-kisah geram dengan kerenah suami namun di sebaliknya ada pengajaran yang tersirat. Namun perlu diingati, suami tetap perlu dihormati. Stress ala-ala manja sahajakan.



Bila isteri tertekan, apa yang perlu suami lakukan? Ada pelbagai cara suami boleh meredakan tekanan isteri, antaranya ialah :

1. Bawalah isteri berjalan-jalan. Sekali seminggu apa salahnya. Pergi ke tasik, tengok wayang, bawa pergi berkelah, kalau tiada bajet ajak ke pasar malam pun sudah menggembirakan hati isteri. Jika ada duit lebih, setiap dua bulan duduklah di hotel, bak kata orang berhoneymoon.

2. Jika berkesempatan suami bawalah anak-anak ke taman pada waktu petang. Main bola dengan anak-anak. Temani anak-anak perempuan bermain buaian. Berikan masa untuk isteri berehat, 'me time'. Biarkan si isteri melayan perasaan menonton drama di waktu petang.

3. Bawa berbincang dengan suami apabila ada isu. Jangan biarkan isteri memendam rasa. Tadahkan telinga mendengar celoteh dan bebelan isteri tentang kenakalan anak-anak. Tetapi, janganlah pula ikut sama membawang dengan isteri.

4. Tolong kerja-kerja isteri. Cuci pinggan, jaga anak, kemas meja dan sebagainya. Musim hujan ni apa kata tawarkan diri pergi ke kedai dobi untuk membasuh baju. Ala, buatlah apa-apa kerja di rumah pun, isteri pasti suka.

5. Mohon pada suami jangan bawa masalah kerja ke rumah. Rumah adalah tempat berehat. Ceriakan isteri. Biar dia gembira dengan kepulangan suami. Sentiasa bergurau dengan isteri, buat lawak walaupun punchline hampeh.

6. Berilah isteri rehat seminggu sekali. Bagi isteri off day untuk sehari. Bawa dan belanja isteri makan di luar. Tanyalah selera isteri.

Sebenarnya banyak cara seorang suami boleh membahagiakan isterinya. Hargailah pasangan ketika mereka masih ada. Kita berkahwin untuk bahagia, bukannya untuk menderita.

Kena bijak menangani tekanan.

Semoga perkongsian ini membantu para semua untuk meringkan beban isteri. Tak susah pun nak lakukan 6 perkara ini.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,785 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen