“Berani Meminta Maaf” Antara Formula Rumahtangga Bahagia.

 

Kata maaf itu bukanlah satu perkataan yang mudah untuk diluahkan begitu sahaja. Kebiasaannya, seseorang itu akan memikirkan beberapa kali sebelum kata maaf itu keluar dari mulutnya. Mana tidaknya, kata maaf ini seumpama ego serta air muka seseorang. Ada yang berpendapat menyatakan bahawa jika dirinya yang meminta maaf dulu, ia menandakan dirinya kalah dalam satu perkara tersebut.

Namun begitu, dalam rumahtangga, meminta maaf dan memaafkan ini antara formula untuk kekal bahagia. Untuk mengetahui lebih lanjut, mari ikuti perkongsian dari Nieza Termizi ini.



Antara formula kebahagiaan rumahtangga adalah sentiasa meminta maaf. Meminta maaf di dalam rumah tangga tak semestinya hanya bagi pihak yang benar-benar salah. Namun ia diperlukan bagi memutik kembali rasa sayang, tanpa mengira siapa yang benar-benar bersalah.

Adakalanya kedua-duanya salah atau kedua-duanya betul atau salah seorang dari keduanya salah atau hanya salah faham.

Suami yang selalu meminta maaf apabila isteri sedang merajuk atau marah adalah suami yang bijak. Sanggup merendahkan ego dan mengambil langkah pantas memadamkan api kemarahan isteri sebelum api menjadi lebih marak. Berbahagialah isteri yang punya suami begini.



Suami pasti faham, isteri ni rajuk dan marahnya tak lama. Bila disimbah apinya dengan kemaafan yang tulus dan ikhlas, sekejap sahaja hatinya yang tadi beku terus mencair.

Isteri pula, bila suami meminta maaf, janganlah terlalu ego dan menjadikan hati sekeras batu. Kenang kembali betapa sukarnya hati seorang lelaki bergelar suami mahu mengalah dan menurunkan egonya semata demi cinta.

Pesan guru kami, sentiasa amalkan meminta maaf sebelum tidur sambil bersalam dan cium tangan suami. Ya Allah, betapa kamu akan merasakan syurga di dunia itu benar-benar wujud. Syurga dalam rumahtangga.

Diharapkan perkongsian ini memberi kesedaran kepada para isteri mahupun suami akan kepentingan kata maaf ini dalam perhubungan. Untuk apa kita rasa kita menang dan betul jika ia membuatkan pernikahan yang kita bina itu terasa semakin tawar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,257 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen