Sejauh Mana Seorang Wanita Itu Ikhlas Untuk Menjadi Seorang Isteri Malah Seorang Ibu?

 

Perkahwinan sudah pasti membuatkan semua para gadis sangat teruja untuk melaluinya kerana pada ketika dan saat itulah dirinya akan dilayan bak puteri raja. Ketika baju persalinan membaluti tubuh badan, tiada siapa yang dapat mengetahui hati dan perasaan si mempelai tersebut. Gembira, sedih, mahu menangis, mahu melompat, semua perasaan itu bercampur baur.

Namun, keindahan yang tercipta itu hanyalah sementara.

Usai sahaja majlis tersebut, sudah pasti si wanita perlu menjalani dan melakukan semua peranannya sebagai seorang isteri, apatah lagi si lelaki menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang pemimpin di dalam keluarga.

Apabila termaktubnya seorang wanita itu menjadi seorang isteri, tiada siapa yang tahu isi hatinya. Apa yang kita dapat lihat adalah wajahnya yang gembira, kerana hari-hari yang dilalui akan ditemani oleh seorang lelaki yang bergelar suami.

Akan tetapi…

Ikhlaskah hatinya menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri?

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI SEKIRANYA SEORANG WANITA ITU IKHLAS MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA? ADAKAH DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR?

Namun, ia hanyalah dapat dirasai oleh empunya diri, kerana kerja yang ikhlas adalah dilakukan kerana Allah SWT.

Sebelum berkahwin. Apakah niatnya untuk berkahwin? Menjauhi maksiat semata-mata? Adakah terdetik dalam hatinya untuk bernikah dan berkahwin kerana ingin mencari keberkatan Allah SWT?

Ketahuilah kita bahawa Ikhlas itu datangnya dari rasa yang satu, iaitu Allah SWT semata-mata. Lakukanlah sesuatu perkara atas sebab Allah yang suka, bukan sebab suami atau anak yang suka.

Seperti sebelum ini, ketika masih lagi bujang, anda sentiasa berpenampilan cantik, memakai mekap untuk meningkatkan keyakinan diri. Berfashion semata-mata kerana apa? Kerana ingin dipandang cantik oleh masyarakat? Tetapi adakah fashion tersebut disukai oleh Allah SWT?

Andai hati anda boleh berbicara…

Anda hati anda mengetahui niat anda yang sebenar…

Jadi, adakah ikhlas hati anda apabila membersihkan rumah, memasak, melayani suami dan anak-anak? Adakah anda melakukan sesuatu perkara yang disukai oleh Allah SWT? Yang tidak melanggar syara’ terhadap keluarga? Anda juga tahu bahawa Allah SWT suka pada perkara yang indah, bersih, baik dan aman. Itulah Islam.

Semua itu terkandung dalam Asmaul Husna. Lakukan perintahNya kerana ia datang daripada Allah, bukan sebab orang lain atau perkara lain.

JANGAN LAKUKAN SEMATA-MATA KERANA ORANG LAIN.

Kerana manusia ini tidak sempurna. Jika kita melakukan sesuatu perkara kerana manusia, akan timbul pertikaian yang tiada penghujungnya. Yang tidak berkesudahan. Ini kerana manusia memang suka untuk meletakkan harapan yang tinggi, sebagai contoh suami anda mahukan anak yang ramai, dan sudah menetapkan seramai 6 orang.

Jadi sekiranya terlalu meletak harapan yang tinggi, padahal anak yakni rezeki adalah dari Allah SWT, pasti kita akan kecewa dan terluka, kan? Apabila terlalu fokus pada manusia, hati dan perasaan menjadi terluka, jiwa menjadi penat, emosi terganggu, fizikal lesu.

Jadi, berbalik kepada yang satu, Allah jua tempat kita kembali walau apa jua berlaku. Fokuskan seluruh tenaga, fikiran dan rasa kita kepada Dia.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,623 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen