Wahai Wanita, Amalkan 20 Jenis Makanan Ini, Ia Bantu Kecilkan Cyst Dan Fibroid – Dikongsi Oleh Dr Hamid Arshat.

 

Rahim teramatlah penting buat seorang wanita, bahkan ia juga dapat membantu kebahagiaan rumah tangga. Hal ini kerana, dengan mempunyai rahim yang baik dan sihat ia membantu kesuburan seorang wanita.

Penyakit cyst dan fibroid adalah penyakit yang berkaitan dengan rahim wanita. Ramai di kalangan wanita mengalami masalah penyakit yang berkaitan rahim ini. kebiasaannya, wanita hanya menyedarinya selepas terdapat tanda-tanda yang dirasainya. Antara tanda-tanda yang akan dirasai atau akan berlaku adalah seperti senggugut yang kronik, perut semakin membuncit, sakit ketika hubungan intim atau kencing terlalu kerap berlaku apabila saiz cyst atau fibroid itu semakin membesar.

Jika diperingkat awal, mungkin ia masih dapat disembuhkan lagi. Tetapi apa yang menyedihkan adalah apabila rahim terpaksa dibuang ketika usia masih muda dan belum melahirkan anak. Namun masalah ini dapat diatasi dengan baik sekiranya wanita peka dan menjaga peranakan mereka dengan baik.



Menurut Dr Hamid, bagi pesakit yang menghadapi masalah berkaitan peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis ini akan pulih dengan penjagaan makanan yang betul.

Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser adalah disebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan diddalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit cyst atau fibroid atau pesakit kanser perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen yang berlebihan.



Berikut dikongsikan pemakanan yang disarankan oleh Dr Hamid .

20 MAKANAN UNTUK PESAKIT CYST DAN FIBROID.

Ambil makanan yang bertindak sebagai anti estrogen.

Makanan2 ini mengadungi aromatase inhibitor yang blok pembentukkan estrogen. Juga mengandungi bahan2 lain saperti sterols, quercetin, DIM, chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin, flavanoids.

1. Buah delima/promagenate.

2. Sayur2 broccoli, kubis, califlour, bak choy, raddish.

3. Minyak zaitun.

4. Cendawan.

5. Anggur merah dan biji.

6. Oats.

7. Teh hijau.

8. Buah-buah citrous – lemon, limau nipis, grape fruits

9. Kacang-kacang almond, walnut, peanuts, gajus. Yang tidak diroasted.

10. Bawang merah.

11. Kunyit.

12. Spirulina, chorella

13. Sayur-sayur hijau , sawi, bayam, salad dan lain-lain.

14. Minyak kelapa dara.

15. Bawang putih

16. Kucai dan celery

17. Berries – blue berries, black currant.

18. Maca

19. Fax seeds

20. Makanan fermented – yougat, tapai, kimchi. Bekalkan probiotik atau good bakteria.

Selain daripada pemakanan harian, Dr Hamid juga menyarankan supaya pesakit mengamalkan suplimen untuk mempercepatkan kesembuhan seperti vitamin c, vitamin e, kalsium, multivitamin (vitlea) , minyak ikan (omega guard) yang kaya dengan omega 3 . Suplimen ini diambil sepanjang hayat.

Semoga perkongsian ini membantu para wanita menjaga kesihatan rahim mereka dengan lebih baik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,915 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen