Tips Kurus Sebelum Berkahwin.

 

Pasti ramai dikalangan kita, apabila sudah menjelang hari perkahwinan pasti berlumba-lumba untuk kurus kerana mahu kelihatan cantik dengan baju persalinan pengantin. Siapa sahaja tidak mahu kelihatan cantik dan kacak, bukan?

Jadi, pada mereka yang mahu kelihatan kurus dan cantik menjelang perkawinan, jom ikuti tips ini…

1. Kawal pemakanan.

Sebelum anda melakukan sebarang senaman berat, pastikan anda mengawal pemakanan anda terdahulu. Jika anda biasa makan 3 pinggan nasi sehari, kurangkan lah menjadi 1 pinggan. Jika setiap waktu tengah hari dan makan malam perlu makan nasi, kurangkan lah makan pada waktu siang sahaja.

Ini kerana formula untuk kurus adalah yang paling penting dari 80% pemakanan perlu dikawal, dan 20% adalah dari senaman.

2. Kawal kalori harian.

Anda perlu tahu kalori dalam makanan perlu kurang daripada tenaga yang kita lakukan secara harian. Jika kalori lebih tinggi dari tenaga, memang sukar untuk turunkan berat badan, apatah lagi jika pengambilan kalori sama pula dengan tenaga yang dikeluarkan.

Untuk mengetahui pengambilan kalori anda seharian, install sahaja aplikasi dari telefon bimbit anda.

3. Pilihan makanan.

Seperti biasa elakkan makanan yang berminyak dan bergoreng. Pemilihan makanan yang penting untuk kurus adalah kukus, bakar dan grill. Dan yang penting perlu juga mengurangkan garam dan gula dalam makanan. Kurangkan makanan di dalam tin, kerana terlalu banyak pengawet dan sodium yang tidak elok untuk badan.

4. Kawal pengambilan gula dan garam.

Makanan dan minuman yang bergula sudah tentu membuat mempunyai diri menjadi ketagih. Pengambilan gula yang berlebihan bukan sahaja membuat seseorang menjadi ketagih tetapi mudah menaikkan berat badan. Pengambilan garam berlebihan juga tidak elok untuk badan.

5. Makan sedikit tapi kerap.

Amalkan makan dengan portion yang sedikit supaya dapat mengamalkan makan dengan kerap. Diwaktu selepas makan pagi dan sebelum tengah hari contohnya, elakkan makan makanan yang bergula dan berat terutamanya seperti kuih muih tempatan yang sangat berminyak. Tukarkan kepada salad, buah atau kekacang.

6. Jangan makan pada lewat malam.

Didiklah diri untuk menjadi lebih disiplin dimana tidak mengamalkan makan pada waktu lewat malam. Amalkan sebelum pukul 8 malam, tiada lagi makanan berat. Makan sahaja kudapan yang tidak bergula tetapi mengandugi serat seperti oat atau granola. Ini untuk memastikan anda dapat tidur dengan lebih awal dengan perut yang tidak mengenyangkan.

Jika anda makan dan sejurus selepas itu anda terus tidur, khuatir perut anda akan buncit pula.

7. Teh hijau.

Anda pasti tahu tentang tea hijau atau green tea ini. Ia dapat membantu menurunkan berat badan sekiranya anda membancuh teh tersebut tanpa gula. Amalkan usai sahaja makan tengah hari, dengan minum teh hijau ini untuk mengelakkan diri anda mengidam makanan yang manis, malah ia juga mengenyangkan.

8. Senaman.

Tahu tak anda, sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk BERJALAN LAJU selama setengah jam atau 1 jam untuk satu hari, dan dilakukan pada setiap hari, ia dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan. Hanya berjalan sahaja, bukan berjogging. Perut anda akan menjadi kempis, paha pun akan mengecil. Cubalah.

Selain itu anda boleh juga membuat kardio seperti berlari, bermain basikal, berenang, atau lopat tali skipping.

9. Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup juga dapat membantu mengurangkan berat badan, dan dapat mengekalkan BMI badan anda dengan ideal.

10. Air mineral.

Dan yang penting adalah jangan lupa minum air mineral mengikut kesesuaian berat badan anda. Semakin tinggi berat badan anda, semakin banyak anda perlu minum air mineral ya. Ini kerana untuk proses detoks dalam tubuh badan anda.

Jika anda amalkan diet ini dan konsisten, Insya Allah selama 30 hari sudah dapat lihat kesannya, jadi pasti anda mempunyai banyak masa untuk amalkan diet ini sebelum menjelang hari perkahwinan. Jangan lengahkan masa lagi! Selamat kuruskan badan!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,750 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen