Jom Tahu Antara Manfaat Membaca Al-Ma‘thurat.

 

Seringkali kita mendengar ramai orang akan membaca Al-Ma’thurat pada waktu pagi dan pada waktu petang. Manfaatnya begitu banyak sehingga empunya diri merasakan dirinya tenang dan terlindung dengan membaca Al-Ma’thurat ini. Ia adalah ayat-ayat pendek yang terkandung di dalam Al-Qu’ran dan hadis dimana ia dipanggil ma’thur daripada perkataan Arab.

Jom ketahui antara manfaat apabila membaca Al-Ma’thurat…

1. Dimulakan dengan ucapan ‘Aku bermohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam’ kerana kita sebagai hamba yang lemah yang sentiasa mengharap agar Allah sentiasa melindungi kita daripada gangguan Syaitan.

2. Dapat membaca surah Al-Fatihah dimana ia adalah bacaan yang agung seperti sabda Rasulullah SAW;

“Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah Al-Sab’ul Mathani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku.” (HR at-Tirmizi dan an-Nasai)

3. Kemudian diikuti dengan sebahagian daripada surah Al-Baqarah dimana kita akan dapat pahala yang besar seperti Rasulullah SAW bersabda;

“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (HR Muslim)

4. Diikuti pula dengan ayat kursi dimana dengan izin Allah dihindari daripada gangguan syaitan seperti Rasulullah SAW bersabda;

“Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi ‘Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum’, sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi” (HR Bukhari)

5. Antara doa-doa pendek yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, yang sepatutnya kita ikuti seperti…

Doa dijauhkan daripada sifat malas, kedekut dan dibelenggu hutang.

Maka Baginda SAW bersabda, Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.” (HR Abu Daud)

Doa agar dijauhkan daripada kemudharatan.

Dari Aban Bin Osman, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca,

“Dengan nama Allah, dengan nama-nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”, sebanyak tiga kali…

maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (HR Ahmad)

6. Selain daripada itu terdapat juga selawat-selawat ke atas Nabi SAW yang patut kita amalkan untuk merebut pahala kerana terdapat banyak kelebihannya.

Dari Ibn Mas’ud ra, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya, “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari qiyamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (HR at-Tirmizi)

Dan

Rasulullah SAW telah bersabda;

“Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafa’ al-Rasyidin yang diberi petunjuk (hidayah)”. (Riwayat al-Hakim)

********Semoga Bermanfaat********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen