“Bahayanya Ego Lelaki Terhadap Wanita…” 3 Tanda Utama Lelaki Yang Ego Terhadap Pasangannya.

 

Kaum lelaki memang sukar untuk melenturkan egonya. Jika sudah menjadi kebiasaan, pasti ada sahaja insan yang tidak mahu mendekati dengan kaum lelaki yang maha ego ini, terutamanya kaum wanita. Kaum wanita sememangnya jelek dengan sikap lelaki yang ego, dan seolah-olah tidak memahami perasaan dan hati wanita.

Berkenaan dengan perhubungan dalam percintaa, si lelaki yang sukar melenturkan egonya mungkin kerana wanita tersebut tidak tahu dengan cara yang betul untuk ‘menjinakkan’ lelaki tersebut. Jom lihat tanda-tanda seorang lelaki yang bersikap ego terhadap pasangannya…

1. Tiada kepercayaan terhadap pasangannya.

Lelaki ini tidak rela apabila pasangannya sama ada teman wanita atau isterinya melakukan segala perkara dengan bebas. Ini kerana lelaki tersebut tidak mempunyai rasa percaya terhadap pasangannya untuk melakukan perkara-perkara yang mereka inginkan.

Terlalu mengandaikan atau berfikiran sesuatu yang buruk menyebabkan rasa percaya itu semakin kurang dalam diri lelaki ini. Contohnya, si dia ‘mengatur’ anda untuk berpenampilan tertentu, kerana si dia tidak mempercayai anda boleh berpenampilan sesuai dengan ‘standard’ yang diingininya.

2. Bertindak seperti orang gila kuasa.

Lelaki ini bertindak seperti ‘male chauvinism’ iaitu keinginan seorang lelaki untuk kelihatan ‘lebih’ dari seorang wanita. Lelaki ini akan meletakkan pelbagai syarat, peraturan atau larangan terhadap pasangannya kerana ingin bertindak seperti orang gila kuasa.

Male chauvinism ini sangat bahaya jika ia sudah diterapkan dalam diri lelaki ketika dirinya masih kecil lagi. Terutamanya seperti zaman sekarang, adat melayu yang seolah-olah mengagungkan lelaki. Jika anda sedar atau terlihat, sudah lama budaya melayu lebih mengutamakan kaum wanita dalam segala hal termasuklah menguruskan rumah tangga secara total.

Jika zaman dahulu ia masih relevan kerana kaum wanita hanya menjadi suri rumah sahaja dan menunggu kepulangan suami dari kerja. Tetapi zaman sekarang, jika si lelaki hanya mengharapkan semuanya dilakukan oleh isteri, ini yang menyebabkan para isteri menjadi tertekan dan meroyan.

Maka pada zaman sekarang, usah terlalu ‘male chauvinism’ kerana sikap ini akan membuatkan para wanita ingin menjauhi kaum lelaki.

3. Kerap meminta dirinya dihargai, tetapi tidak pula menghargai pasangan.

Diri lelaki ini ingin dihargai lebih daripada, dia sendiri menghargai pasangan. Dia lebih mementingkan dirinya dan bukan pada orang lain. Dia juga umumnya mengajukan tuntutan tanpa bertanya terlebih dahulu kepada kekasihnya. Namun jika diminta balasan, lelaki ini akan bertindak secara kasar seperti melenting.

Bahayanya ego lelaki ini terhadap wanita kerana, kaum wanita akan cuba untuk menjadi lebih bersabar, pasrah dan mengalah sahaja, kerana hatinya telah sayang. Jika kaum wanita ini terlalu mengalah, lelaki yang seakan gila kuasa ini mampu untuk menjadikan hubungan kalian berdua dalam fasa yang amat berbahaya.

Wanita yang dulunya manja tidak lagi merengek dengan pasangannya…

Wanita yang dulunya perlukan pergantungan dari seorang lelaki, lebih mahu berdikari…

Wanita yang dulunya amat suka meluahkan rasa cinta, sudah tiada lagi perasaan dalam hati….

Lelaki ini mungkin tidak menyedari, bahawa pemikiran pasangannya itu sudah tidak berkembang, atau sudah terlalu penat untuk menjadi ‘pak turut’. Para lelaki ini memilih bersikap ‘defensif’, malah wanita tersebut hanya menanti waktu untuk menamatkan perhubungan tersebut. Hati-hati!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,038 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen