“Isteri Amat Memerlukan Sokongan Dari Suami Setelah Bersalin…” Kongsi Lelaki Ini Tentang 10 Perkara Suami Wajib Tahu Ketika Isteri Dalam Pantang.

 

Setiap pasangan yang telah berkahwin, pasti tertunggu-tunggu pula anak yang pertama, bukan? Kerana anaklah yang menjadi pengikat kasih sayang antara semua pasangan. Disebalik dengan keinginan memiliki anak, si suami juga perlulah mengambil berat tentang isteri dari segi fizikal dan mental terutamanya emosi isteri setelah bersalin.

Berpantang adalah salah satu fasa kehidupan mencabar bagi kaum wanita. Selain memerlukan sokongan dari seorang ibu, dirinya juga amat memerlukan sokongan dari suami tercinta supaya hati tidak mudah meroyan dan terluka.

Jadi dengan perkongsian dari saudara Najmi Nawawi, si suami perlu tahu bahawa….

1. Buang air besar dan kecil akan jadi sangat sakit. Lepas bersalin bahagian perineum akan menjadi sangat sensitif.

2. Isteri mungkin akan buasir tapi jangan risau, lama-lama ianya akan pulih kembali dan baik. Pastikan isteri makan makanan yang membantu sistem penghadaman.

3. Nak perut isteri kurus dan kempis balik bukan magic. Memanglah baby dah keluar. Tapi tetap akan ambil masa, insyaAllah dalam 5-6 minggu untuk kembali asal.

4. Rambut memang akan gugur, rumah akan ada banyak rambut isteri berguguran. Kesan dari hormon estrogen yang turun mendadak. Dalam masa setahun akan pulih. Tolonglah sapu rambut tu, jangan biar je.

5. Yes. Berpantang memanglah macam biasa. Tapi jangan melampau sangat sampai air kosong pun tak bagi minum. Hati-hati, dan banyak dapatkan nasihat doktor.

6. Baby Blues boleh berlaku lepas bersalin. Faham-faham je, hormon yang tak stabil akan buat emosi pun tak stabil. Tapi kalau berlarutan lama sangat, kena dapatkan nasihat doktor takut jadi Post Partum Depression.

7. Luka bersalin (koyakan) memang tak dinafikan dasyat tapi kena ingat juga luka emosi dan dalaman jiwa isteri juga perlukan rawatan dan sokongan yang berterusan.

8. Otot bahagian abdomen isteri memang akan melonggar. Ambil masa untuk kuat kembali. Nanti sokong isteri dalam usaha menguatkan otot setelah 3 bulan selepas bersalin. Boleh tanya doktor, senaman yang sesuai.

9. Jangan marah isteri kalau nampak sedikit berisi berbanding sebelum ini. Lemak yang ada akan digunakan sebagai simpanan tenaga untuk penyusuan. Ambil masa untuk kembali ke bentuk asal, setelah 9 bulan mengandung. Jangan push untuk kurus. Beri motivasi serta sokongan.

10. Jika isteri anda bersalin melalui kaedah caesarean, pasti akan mengalami masalah sukar untuk bergerak pada mulanya akibat luka yang sakit.Tapi jangan sampai larang isteri untuk tidak bergerak langsung. Bergerak itu penting, bagi memastikan pengaliran darah yang baik.

********Semoga Bermanfaat********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,366 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen