“Tak Jatuh Air Muka Pun Kalau Isteri Mengajar  Suami Mengaji…” Jom Ikuti Perkongsian Ini.

 

Jika suami tidak pandai mengaji. tidak ada salahnya jika isteri mengajar suami mengaji. Tidak ada soal 'jatuh air muka' kalau isteri mengajar suami mengaji malah ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bukankah suami dan isteri itu saling melengkapi.

Selain solat berjemaah dengan pasangan, kita juga dituntut supaya sama-sama mengaji al-Quran. Hal ini membawa kepada hubungan harmoni dalam rumahtangga. Betapa indahnya jika anda berdua dapat mengalunkan kalam Allah ini dengan baik.

Di samping itu, ajarkanlah al-Quran kepada anak-anak. Semaikan semangat cintakan al-Quran dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Jika boleh, biarlah al-Quran sentiasa ada dalam diri mereka. Mudah-mudahan mereka mampu menghafaz al-Quran.

Jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak mengaji al-Quran. Jika tidak mampu mengaji satu juzuk, mengajilah separuh juzuk. Jika tidak mampu, 10 muka surat cukuplah. Jika tidak mampu juga, mengajilah satu muka surat. Jika tidak juga berkemampuan, mengajilah sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran sehari. Begitulah pentingnya al-Quran dalam hidup kita.

Carilah masa. Masa paling sesuai ialah selepas mendirikan solat fardu maghrib. Selepas solat, duduk sebentar di atas sejadah dan bukalah al-Quran. Mengajilah bersama pasangan anda. Anda pasti terasa harmoni dalam hati. Malah suasana kediaman anda juga pasti lebih tenang apabila penghuninya selalu mengaji al-Quran.

Tip mudah mengaji:

1) Jadikan mengaji sebagai amalan setiap hari. Jadi jika tidak mengaji anda akan rasa kekurangan.

2) Beli al-Quran kecil supaya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Misalnya ke destinasi percutian. Jadi tiada alasan untuk tidak mengaji jika berada di luar rumah.

3) Beli al-Quran yang ada terjemahan supaya anda faham maksud ayat yang dibaca.

4) Beli al-Quran yang ada panduan tajwid supaya anda membaca mengikut tajwid yang betul.

********Semoga Bermanfaat********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,499 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen