“Semua Kawan Dah Kahwin, Tapi Aku Je Yang Masih Keseorangan” Jom Lihat Antara Dugaan Orang Yang Single.

 

Setiap manusia pasti akan menempuh dugaan dan rintangan yang berliku. Sama ada menempuh secara berseorangan atau berpasangan. Namun, bagi mereka yang masih lagi bujang trang tang tang, masih tidak ketemu jodoh yang sesat entah kemana, pasti ada sahaja dugaan bagi mereka. Bagi mereka yang sudah berkahwin, atau sedang bertunang pasti merasakan dugaan mereka itu hanya kecil sahaja.

Tetapi tidak bagi mereka yang single ini.

Janganlah memperkecilkan dugaan sesiapa sahaja kerana hanya yang mengalami dan menempuh sahaja tahu kemampuan diri mereka sendiri. Jadi, jom ketahui antara dugaan orang yang bujang atau single ini…

1. Pergi kemana-mana seorang sahaja.

Anda bukan sahaja berdikari, malah tidak kisah untuk meluangkan masa berseorangan dimana sahaja, tidak kira waktu, masa dan tempat. Jika ada yang mempertikaikan anda sering sahaja makan berseorangan, tengok wayang berseorangan, membeli belah berseorangan, tetapi anda tetap dengan pendirian anda walaupun hati sakit dan pedih menerima soalan sebegitu.

“Asyik pergi sorang je, tak ada kawan ke?”

“Cepat-cepatlah kahwin, nanti senang dah ada pasangan…”

2. Sering pula melihat pasangan yang bahagia dan gembira.

Ketika anda berpasangan, anda mahu menjadi bujang kembali kerana tidak tahan melayan kerenah pasangan. Tetapi apabila sudah bujang kembali disekeliling anda semuanya sudah bertunang, berkahwin dan sedang seronok bercinta. Malah, anda melihat semuanya sedang bahagia dan gembira. Terbut pula perasaan cemburu melihat pasangan tersebut, dan anda merasa kesunyian pula.

3. Apabila menerima kad jemputan kahwin, anda tidak tahu mahu pergi dengan siapa.

Perkara yang paling anda mahu elakkan adalah, apabila menerima jemputan kahwin dari kenalan sekolah. Sudah pasti perkahwinan kawan-kawan atau kenalan sekolah akan menjadi reunion bagi mereka yang sudah lama tidak berjumpa. Yang menjadi teka-tekinya adalah, anda tiada kawan pula mahu pergi ke perkahwinan tersebut, dan pasti semua yang hadir berpasangan.

Jadi, anda membuat keputusan sama ada tidak dapat hadir ke majlis tersebut, pergi berseorangan, atau pergi dengan ibu bapa sahaja. Anda yang mana ya?

4. Sahabat baik semua sudah berkahwin, tetapi anda masih lagi berseorangan.

Inilah antara situasi yang amat memilukan bagi sebahagian mereka yang masih single. Anda menjadi gelisah dan risau, jika boleh anda mahu menyorokkan perasaan gelisah ketika itu. Khusus untuk wanita kerana mereka tiada lagi kawan untuk bergossip, shopping bersama-sama, malah teman untuk tidur malam bersama. Jika mahu whatsapp selepas ini, anda semakin berhati-hati dan sentiasa melihat waktu yang sesuai untuk menghubungi sahabat baik.

5. Ketika anda sukar untuk bertemu jodoh, sahabat pula mudah bersilih ganti pasangan.

Setiap kehidupan individu pasti berbeza perjalanannya. Ada yang masih lagi belum bertemu jodoh, sudah putus sukar untuk mencari pengganti, namun ada juga yang mudah mendapat pengganti. Itulah yang dinamakan jodoh. Tetapi sudah pasti terbitnya perasaan yang cemburu melihat mereka yang mudah mendapat pengganti ini, kan? Dimana anda pula sukar bertemu dengan jodoh.

Anda mula sangsi.

6. Masih berseorangan ketika perjumpaan keluarga.

Setiap tahun, pasti ada dikalangan kita yang suka membuat majlis Family Gathering. Ini untuk mengeratkan hubungan bagi mereka yang sudah jarang berjumpa kerana sibuk dengan bekerja. Memang seronok apabila dapat berjumpa dengan semua ahli keluarga, termasuk dengan saudara mara. Akan tetapi, saudara dan sepupu anda yang sebaya semuanya sudha berkahwin, namun anda masih lagi berseorangan.

Sama ada bermain-main dengan anak-anak mereka, atau berasa kekok lalu duduk berjauhan melihat kebahagiaan mereka sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen