Memilih Hidup Bersendirian, Tidak Menjaminkan Kebahagiaan Di Masa Hadapan.

 

Sesetengah mereka yang hidup sebagai bujang ini menyatakan bahawa hidup mereka ini lebih membahagiakan berbanding memiliki pasangan. Bagi mereka, kehidupan yang berpasangan ini dikatakan lebih menghalang serta membatasi apa yang mereka mahukan, berbanding dengan mereka yang single ini bebas untuk melakukan apa sahaja.

Namun sebenarnya, kehidupan secara berpasangan ini lebih membahagiakan seseorang. Malah ia memberikan seseorang itu kekuatan untuk lebih berani dalam hidupnya. Sedangkan, hidup secara bersendirian tanpa pasangan ini sebenarnya tidak menjamin kebahagiaan di masa hadapan. Berikut adalah sebabnya.



1. Tiada pasangan untuk berkongsi.

Apabila berhadapan dengan masalah, orang yang mempunyai pasangan ini biasanya mempunyai seseorang untuk berkongsi rasa hati mereka. Berlainan dengan mereka yang tidak mempunyai pasangan ini, mereka ini akan mengharapkan ahli keluarga serta rakan-rakan mereka yang sudah semestinya mempunyai kehidupan sendiri. Walaupun mempunyai mereka, tetapi tetap sahaja anda perlu selesaikan masalah anda bersendirian, berlainan dengan orang yang mempunyai pasangan ini, sudah pasti lah pasangan akan lebih bersedia serta meluangkan masa dirinya untuk menyelesaikan masalah anda.

2. Tiada pemberi semangat.

Dalam hidup ini sudah pasti lah terasa lebih bersemangat apabila orang yang anda sayangi memberikan anda motivasi berserta semangat hidup. Mana tidaknya, setiap perkara yang anda lakukan lebih bersemangat serta lebih bahagia kerana disokong oleh pasangan anda. Berlainan dengan mereka yang membujang ini. Rasa semangat dan motivasi diri ini biasanya datang dalam diri mereka sendiri. Jadi jika mereka kehilangan semangat atau motivasi terhadap sesuatu perkara, sudah tentu lah mereka ini mengambil masa yang lama untuk bangkit semual.



3. Kurang tujuan hidup.

Mempunyai pasangan dan tidak mempunyai pasangan ini sudah tentu lah berbeza. Mana tidaknya, jika anda mempunyai pasangan kehidupan anda lebih banyak hala tujunya jika hendak dibandingkan dengan mereka yang bujang ini. Biasanya mereka yang bujang ini lebih memilih untuk berasa selesa terhadap kehidupan mereka, berlainan dengan mereka yang mempunyai pasangan banyak tujuan yang mereka letakkan dalam hidup. Sebagai contoh, ingin berkahwin, ingin menjadi pasangan yang baik, ingin mempunyai anak dan banyak lagi.

Jadi, jangan sia-siakan hidup anda dengan memilih untuk hidup secara bersendirian kerana tidak yakin terhadap perkahwinan mahupun takut mendapatkan pasangan yang serasi. Apa yang perlu anda lakukan, adalah yakin bahawa pasangan yang akan hadir dalam hidup anda ini akan memberi banyak hikmah dalam hidup anda.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,236 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen