Cara Berhadapan Dengan Orang Ketiga Secara Matang, Bukan Ikut Perasaan.

 

Apabila berhadapan dengan seseorang yang menyukai pasangan kita ataupun, seseorang yang cuba untuk menjadi punca pergaduhan antara anda dan pasangan, ia pasti sesuatu perkara yang melukakan serta menyakitkan hati anda. Namun begitu, mengalah atau bertindak secara terburu-buru bukan lah satu pilihan yang baik.

Jika anda mengalah, pihak ketiga itu pasti akan merasakan dirinya berjaya membuat hubungan anda dan pasangan berpisah, namun jika anda menggunakan perasaan anda, ia akan membuatkan ada kelihatan begitu tidak matang serta keanak-anakkan. Jadi cara yang bagaimana yang perlu anda lakukan jika berhadapan masalah seperti ini?



Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda jadikan panduan apabila berhadapan dengan situasi ini.

1. Gunakan media sosial.

Salah satu perkara yang paling penting adalah menggunakan media sosial anda. Bukan gunakan sebagaimengeruhkan keadaan hubungan anda serta pasangan anda dengan memuat naik mengenai pergaduhan serta salah faham yang anda, tetapi gunakan ia sebagai, salah satu senja untuk tunjukkan kebahagiaan anda. Muat naik gambar anda dan pasangan bagi menunjukkan bahawa anda dan pasangan masih lagi bersama dan masih bahagia.

2. Selidik terlebih dahulu.

Jangan terus membuat tuduhan serta menyerang pasangan anda terlebih dahulu. Lakukan perkara ini terlebih dahulu, terutama jika anda tidak melihat sebarang bukti malah hanya mendengarnya daripada orang lain. Jadi cuba untuk cari tahu kesahihan berita tersebut. Jika anda melakukan pertuduhan serta menyerang pasangan anda terlebih dahulu, ia hanya membuatkan hubungan anda semakin memburuk.

3. Luangkan banyak masa.

Apabila perkara ini berlaku dalam perhubungan anda, adalah lebih baik anda dan pasangan meluangkan masa bersama dengan lebih banyak. Mana tahu hubungan menjadi renggang dan memudahkan orang ketiga hadir kerana anda dan pasangan kurang masa bersama. Jadi anda perlu tumpukan kepadanya. Kalau dia mempunyai hobi yang sendiri, apa kata cuba tunjukkan minta dan menyokong hobinya.



4. Berubah menjadi yang lebih baik.

Perkara lain yang anda boleh lakukan adalah dengan mengubah diri anda menjadi lebih baik. Jika anda kurang berikan tumpuan pada dirinya, mula berikan si dia tumpuan. Jika anda kurang mendengar masalahnya, cuba jadi pendengar yang baik. Semua perkara yang anda perlu lakukan ke arah kebaikan agar dia boleh lihat perubahan dalam diri anda.

5. Banyakkan berdoa.

Jika perkara ini berlaku, tiada siapa yang anda boleh minta pertolongan untuk menjaga hati dirinya. Mana tidaknya setiap hati ini hanya Allah sahaja mampu berbolak balikkannya. Jadi perbanyakkan berdoa dan minta hubungan kalian berkekalan.

Lima perkara ini mungkin akan membantu anda apabila hubungan anda diganggu oleh pihak ketiga. Apa-apa pun jangan cepat melenting malah cuba untuk lebih bertenang untuk hadapi masalah ini.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,006 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen