“Sikap Lemah Lembut Dikatakan Lebih Memikat” Jom Ketahui Perkara Lain Yang Menambat Hati Lelaki.

 

Lelaki ini mungkin kelihatan keras diluaran dan bahkan mempunyai ego yang meninggi. Namun begitu disebalik kesemua itu, mereka ini mempunyai sikap yang mudah tersentuh atau dalam erti kata lain adalah lembut. Biasanya kita lihat mereka ini gagah nak macho diluarnya, di dalam diri mereka ini lebih mudah tersentuh kepada perkara yang lembut, terutama jika ia melibatkan wanita.

Wanita ini juga dikatakan kelemahan orang lelaki, jadi pasti ada sahaja sikap wanita yang mampu membuat lelaki yang keras dan ego ini cair dengan mereka bukan. Jadi sikap wanita yang bagaimana mampu mencairkan hati seorang lelaki ini?



Berikut adalah beberapa sikap mampu mencairkan hati lelaki.

1. Sifat kelembutan.

Lelaki mana yang tidak cair dengan wanita yang penuh dengan kelembutan ini. Ini adalah antara sikap yang mampu membuat lelaki lebih mudah terpikat terhadap seseorang wanita. Dari segi gaya percakapan, gaya pergerakan serta pelbagai lagi lah yang menunjukkan sifat kelembutan. Jika wanita yang lebih mudah meneingking atau mengeluarkan suara yang bernada tinggi sudah pasti lah ia cepat memotong perasaan lelaki yang menyukainya.

2. Sikap manja.

Sikap manja wanita ini sudah pasti membahagiakan seseorang lelaki. Mana tidaknya, wanita ini kalau sudah bersikap manja sudah pasti lah seperti keanak-anakkan bahkan ia juga menambah kecomelan dalam diri mereka ini. Mana lah lelaki tidak cair kalau sikap wanita yang mendekatinya sebegini. Namun begitu, jangan pula sikap manja ini berlebihan, nanti si dia rimas pula.

3. Menerima seadanya.

Lelaki ini sukakan wanita yang meneriam dirinya seadanya. Di mana wanita seperti ini tidak akan pernah cuba mengubah dirinya serta membuat perbandingan. Tetapi lebih menerima dan belajar memahami sikap lelaki tersebut. Jadi sikap seperti ini sudah pasti lah mudah mendapat tempat dihati lelaki. Namun begitu, jangan sengaja melakukan sikap ini seperti berpura-pura, lelaki mudah untuk megesannya.



4. Menjaga penampilan.

Lelaki mana yang tidak sukakan wanita yang bersih, kemas dan cantik. Mana-mana lelaki sukakan akan perkara ini. Jika anda bukan seorang yang cantik, ia cukup memadai jika anda seorang yang kemas dan bersih. Mana tidaknya, kemas dan bersih ini lebih menarik mata memandang ye.

5. Menjaga maruahnya.

Seorang wanita yang baik, sudah pasti akan menjaga maruahnya. Oleh sebab itu, lelaki pasti akan menyukai wanita yang menjaga maruah diri. Mana tidaknya, mereka ini pasti seseorang wanita yang baik.

Kesimpulannya, tidak susah pun ingin menambat hati lelaki ini, jika anda mempunyai beberapa sikap di atas. Tapi anda perlu tahu, seseorang yang baik pasti jodohnya antara orang yang baik juga. Jadi jangan risau.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen