Lelaki Ini Kongsi 10 Tips Memikat Hati Calon Isteri Khas Buat Mereka Yang Sedang Mencari Jodoh.

 

Buat lelaki yang sedang sibuk mencari bakal isteri itu, pasti lah perlukan beberapa tips agar membantu anda untuk tampil lebih yakin untuk memikat hati si gadis. Bukan hanya itu, anda juga perlu tahu jenis lelaki yang bagaimana lebih mudah untuk mendapat tempat di hati para gadis. Jadi dengan itu, mari ikuti perkongsian dari saudara Amir Syahir ini dalam 10 tips memikat calon isteri.



10 Tips Memikat Hati Calon Isteri

************************************

Aku nak kongsi sikit cara-cara nak pikat calon isteri. Yang dah ada isteri jangan baca. Kau tambah je tips di bawah ni. Tolong member yang lain untuk mendirikan masjid. Jangan kau pula yang nak menambah isteri. Haha.

Antaranya:

1. Boleh Buat Makwe Tersenyum Sendiri.

Kebanyakan makwe suka pakwe yang kelakar. Yang boleh buat dia ketawa. Bukan perlu jadi pelawak pun. Tapi sekadar mencuit hati. Lawak hambar pun takpe. Usaha tu penting. Kalau kacak tapi tak kelakar tak guna juga.

2. Jadi Yang Istimewa.

Jadi lain daripada yang lain. Macam kau special di mata dia. Contohnya, kalau nama target tu Suraya, orang lain panggil dia Su. Kau panggil la Aya ke Sura ke, Yaya ke. Baru mudah dia ingat kat kau.

3. Mudah Minta Tolong.

Kau mudah untuk tolong dia. Yang penting, biar ikhlas. Kalau boleh tolong kau tolong lah. Jangan dia minta bukan-bukan sampai kau terbeban pun kau nak tolong juga. Biar berpada-pada. Jangan sampai dia kikis harta kau pula.

"Awak, saya nak minta tolong ni..."

"Ye. Awak nak minta tolong saya belikan nasi ayam kan? Saya pergi beli sekarang."

"Bukan... bukan... Boleh tolong pergi mampos? Saya rimas betei. Awak selalu kacau hidup saya"

"Aiyakkk!"

4. Bertangungjawab.

Makwe mahu pakwe dia bertanggungjawab. Boleh bimbing ke arah jalan yang lurus. Apa kata sekali sekala pekena kejut si dia solat Subuh. Kau pun kena solat jugak. Jangan lepas kau kejut dia Subuh, kau bantai sambung tidur.

"Awak, bangun Subuh.. Su...Su... bangun la solat Subuh"

"Subuh jadah mendanya pukul 3.30 petang ni"

"Aaa... saya baru bangun ni... aiyakkk!"

5. Kawan Dengan Kawan Dia.

Ada jugek makwe suka kalau kau rapat dengan member dia. Bukan sebab nak ngorat ke apa. Tapi sekadar berkawan. Kenali siapa member rapat dia. Apa anak muda kabor, BFF? Best Frewwwwnnn Foreber? Phewwww.



6. Penyayang

Si dia memang mudah melting kalau kau ada ciri-ciri seorang yang penyayang. Ye lah, si dia mesti nak cari calon kepada ayah kepada anak dia juga kan. Contohnya, bergambar dengan kucing jiran lepastu buat gambar Whatsap sebulan dua masa duk pikat si dia.

7. Ambil Berat.

Makwe ni mudah goyang bila mana ada lelaki ambil berat pasal dia. Nak tak nak masa makwe tengah down. Tanya soal makan dan kesihatan cukup buat makwe terasa disayangi. Kau tunjuk kau caring sikit. Jangan masa nak pikat je kemain caring, dah dapat kau asyik "bluetick" je mesej WhatsApp makwe kau.

8.Buat Analisa.

Ada juga aku dengar member aku cerita pasal mak makwe nak calon menantu orang sama negeri je. Entoh menda la pesen gini. Jadi, sebelum masuk alam kejuruteraan percintaan, adalah molek jika kau kenali salasilah keluarga si dia dulu.

9. Kenali Si Dia.

Cuba selami jiwanya nan lembut ibarat bayu dari Gunung Kinabalu. Sikit-sikit tanya apa dia suka. Apa yang dia tak suka. Hobi dia. Suka makan apa, kegemaran dia apa. Suka bergambar buat pipi kembong misalnya.

10. Terima Dia Seadanya.

Kalau kau sayang dan cintakan dia disebabkan dengan rupa semata-mata, nanti 10 tahun akan datang jika kecantikan itu hilang, kau masih mahu dia? Haaa.. jadi baik tengok hati. Tengok perangai dan percakapan dia molek ke tidak. Ini muka cantik tapi mulut macam puaka buat apa. Mencarut 24 jam je.

***

Banyak lagi cara yang power tapi memandangkan aku risau ada orang dah ada calon isteri lepastu try test power ngorat calon yang lain lagi karang. Lagi risau kalau yang dah ada isteri tapi masih nak “test market”. Terpaksa aku kasi yang berlevel rendah je.

Percayalah, makwe matang memang nak kan hubungan percintaan yang boleh bawa ke dunia rumah tangga. Jadi, terserah pada korang nak yakinkan calon korang. Cewah! Kah!

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk memikat hati bakal isteri anda. Selamat mencuba!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,164 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen