Ketahui 4 Kuasa Pujuk Rayu Seorang Wanita.

 

Kehebatan wanita dalam pujuk rayu tidak boleh di sangkal lagi. Tidak ada wanita yang tak mahir dalam pekara ni. Kaum Lelaki boleh di pujuk dan di rayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak wanita itu. Antara kehebatan wanita yang menyebabkan keruntuhan Empayar yang dibina oleh lelaki dengan daya pujukan perempuan:



1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon



1. Kuasa kejelitaan wanita.

Kejelitaan? Itu mesti apa yang dicari oleh lelaki pada seorang wanita. Kejelitaan wanita boleh menumbangkan ramai lelaki dan pelbagai pekara boleh berlaku. Tapi pada sudut perspektif yang lain kecantikan seorang wanita menimbulkan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan boleh menpengaruhi suami atau rakan-rakan atau lelaki lain dalam hal-hal yg di redhai ALLAH.

2. Kuasa doa wanita.

Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya: "Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda: "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."



3. Wanita adalah kekuatan bagi lelaki.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

4. Wanita adalah seorang ibu yang baik.

Wanita adalah seorang ibu yang terbaik kerana walaupun ada 15 orang anak sekalipun ibu akan menjaga dan menyayanginya dengan sama dan mampu memenuhi keperluan mereka. Tapi mampukah anak lakukan sedemikian rupa pada ibu?

Tapi jangan terlupa bahawa Wanita juga ada kehebatan disebaliknya.

Wahai Wanitaku,
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan wahai wanitaku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Wanitaku,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Wanitaku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wanitaku,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.



Tetapi Wanitaku,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.

Dalam kehebatan ada kelemahan..
Dalam kebaikan ada keburukan..
Dalam kemujaraban ada kemudaratan..
Dalam kejayaan ada kegagalan..

Ada syurga dan ada neraka..
Wanita paling mudah utk masuk syurga..
Juga sangat mudah utk masuk neraka..

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,156 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen