5 Sikap Yang Membuat Jodoh Anda Menjauh, Jom Jauhinya.

 

Ingin mempunyai pasangan tetapi rasa tidak laku walaupun banyak kenalan. Rata-rata kenalan hanya menganggap anda sebagai rakan sahaja? Apabila seseorang mula mendekati tiba-tiba dirinya menjauhkan diri. Eh, banyak sangat masalah untuk mencari jodoh ini. Salah jodoh yang tidak kunjung tiba atau salah diri sendiri yang membuat jodoh menjauh? Yang manakah anda?

Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dibuang jika inginkan jodoh segera.



1. Sikap suka mengkritik.

Siapa sahaja yang tahan akan pasangan seperti ini, sikap suka mengkritik ini adalah perkara yang perlu dijauhi. Belum menjadi suami atau isterinya sudah banyak kali menyakitkan hati, siapa sahaja mahu dekat. Sudah pasti lah semua orang takut. Walaupun kadang kala anda menganggap ianya sebagai teguran bukan kritikan tapi tetapi sahaja melukakan hatinya pasti dia akan menjauh. Jadi kawal sika panda ini, ia hanya beri anda kesan yang buruk sahaja.

2. Lebih suka menyatakan seseorang yang istimewa.

Anda ingin berkahwin serta hidup berpasangan tetapi anda menyatakan bahawa anda minat dengan seseorang, ataupun mempunyai crush. Sudah tentu lah orang akan menjauhi anda. Hal ini kerana, mereka ini akan menyangka anda tidak akan membuka hati anda untuk mereka. Jadi lebih baik dirinya mencuba nasib pada orang lain dari membuang masa menunggu anda.

3. Ingin pasangan yang mempunyai keinginan yang sama.

Setiap pasangan tidak akan menjumpai seseorang yang sama dengan dirinya. Mungkin anda akan menjumpai persamaan dari segi minat dan hobi tapi yang lain belum tentu. Jadi jang meletakkan satu penharapan yang tinggi untuk anda berjumpa dengan seseorang yang serupa dengan anda.



4. Ibu bapa yang terlalu memilih.

Ini adalah perkara yang paling bahaya. Sikap ibu bapa yang terlalu memilih ini akhirnya membuatkan seseorang takut mendekati anda. Mana tidaknya, dengar bahawa ibu bapa anda meletakkan hantaran yang tinggi serta memandang status seseorang sudah membuah ramai orang gerun. Jadi berbincang lah dengan ibu bapa anda agar ia bawa kebaikan kepada anda bukan keburukan.

5. Tidak mahu didekati.

Jika anda mahu mempunyai pasangan jangan lah terlalu sombong dan memandang orang hanya sebelah mata. Jangan memandang apa yang ada diluar tetapi pandang apa yang ada di dalam. Mungkin pakaian dirinya agak buru tetapi dalam hatinya mempunyai permata. Jadi jangan takut jika seseorang mendekati anda. Luaskan sahaja pergaulan anda.

Kesimpulannya, kadang kala jodoh menjauh ini kerana sikap diri sendiri. Jadi ingin jodoh dekat? Perbaiki diri terlebih dahulu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,105 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen