Hati-Hati Kalau Lelaki Dah Mula Katakan Perkara Ini.

 

Banyak perkara yang kadang kala kita hanya pandang sambil lewa sahaja terhadap kelakuan orang lelaki ini. Ada sesetenagahnya menyatakan bahawa orang lelaki ini tidak akan marah mana jika dia telah jatuh sayang serta cintakan pasangannya. Ini lah yang selalu wanita silap.

Orang lelaki ini sememangnya lebih suka berdiamkan diri terhadap sesuatu perkara, mana tidaknya dia tidak mahu jika dirinya luahkan akan menjadi masalah dalam perhubungan. Namun begitu, jika pasangan anda sudah keluarkan ayat-ayat seperti dibawah ini, sila berhati-hati ye.



1. “Awak dah kenapa?”

Jika mereka melihat ada sesuatu yang tidak kena pada riak wajah anda, pasti persoalan ini akan timbul dibibir mereka. Namun begitu, jika persoalan ini menggunakan nada keras sedikit ia menunjukkan bahawa dirinya mula rimas dengan kelakuan anda itu. Dan dia hanya pura-pura bertanya agar anda tidak menyalahkan dirinya kerana tidak beri perhatian pula nanti.

2. “Jangan cakap tak ada apa-apa, kalau sebenarnya ada.”

Biasanya kalau mereka dah keluarkan ayat ini, ia menunjukkan bahawa sikap anda yang berahsia ini akan membawa padah pada hubungan serta dirinya. Sebab itu jika nadanya keras sedikit ia seolah-olah memaksa kerana tidak mahu terlibat dalam masalah. Namun begitu, dia masih cuba untuk selamatkan hubungan kalian.

3. “Saya memang salah, sekarang ini awak nak apa?”

Ini adalah ayat yang akan keluar dari dirinya jika anda selalu menuduh salahnya. Mana tidaknya, anda banyak kali mengungkit salah dirinya menyebabkan dia bertanya apa yang anda mahukan sampai begitu tidak puas hati walaupun sudah berbaik. Hati-hati dengan ayat ini, dia menunjukkan bahawa sudah tidak tahan dengan sikap anda.



4. “Apa yang susah, tinggal cakap aje tak payah buat muka.”

Biasanya anda kurang menyuarakan apa yang tidak kena dengan dirinya. Sebab itu lah anda membuat muka untuk tunjukkan tanda protes. Namun begitu, sika panda sebegini hanya merimaskan dirinya. Jika kerap anda lakukan ini, tanpa meluahkan apa yang anda rasa ia hanya memberikan kesan buruk pada hubungan anda sahaja.

5. “Suka hati lah kalau nak diam.”

Apabila merajuk atau berdepan dengan masalah anda diam, apabila dia tanya hanya sepatah-sepatah sahaja anda jawab. Jika ayat ini keluar dari mulutnya, ia menandakan bahawa dirinya sudah tidak mahu ambil tahu mengenai anda. Jadi, hati-hati dengan sika panda sendiri ye.

Ayat-ayat ini sebenarnya tentang perasaan pasangan anda apabila dirinya sudah mula rimas dengan kelakuan anda, bahkan ia menunjukkan bahawa dia akan mula menjauhi anda apabila anda terus bersikap sebegitu. Jadi hati-hati jangan kerana sikap anda ia memakan diri sendiri.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,103 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen