10 Cara Ingin Memastikan Pasangan Jatuh Cinta Pada Anda Setiap Hari.

 

Dalam hubungan setiap pasangan pasti mementingkan rasa cinta, kerana tanpa perasaan cinta hubungan tersebut tiada manisnya. Cinta adalah salah satu perkara penting yang perlu dipupuk supaya hubungan terbina tidak bersandarkan perasaan suka semata-mata.

Jadi, bagaimana untuk memastikan pasangan jatuh hati pada anda setiap hari?

1. Lihatlah kelemahan dan kelebihan anda sebagai cermin.

Secara jujurnya apakah anda pernah berusaha untuk membaiki kelemahan diri anda? Tidakkah anda berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri anda? Inilah saat terbaik untuk menganalisa diri anda supaya dapat menerima pasangan seadanya.

2. Cintailah diri anda terdahulu dan kemudian pasangan anda.

Proses mencintai diri sendiri tidak terjadi sepantas satu hari. Ia sebenarnya adalah proses pembelajaran sepanjang hayat. Hargai diri anda di tempat teratas dan letakkan pasanganmu di tangga yang sama. Barulah cinta berbalas dan diangkat ke aras yang sewajarnya.

3. Jelaskan perasaan anda kepada pasangan dengan jujur.

Apabila berbicara dengan pasanga anda, berbicaralah dari hati. Mesej yang disampaikan perlulah sehingga menusuk kalbu supaya ia dapat diterima oleh pasangan dengan perasaan hormat dan penuh perhatian.

4. Apabila anda mengenali dirinya, kenali sahabatnya juga.

Perkara ini sepatutnya dilakukan oleh pasangan, selain untuk berhati-hati supaya pasangan tidak bermain cinta dengan sahabat anda, ia juga menandakan anda benar-benar mahu mengenali dirinya dengan lebih rapat.

5. Lelaki mudah tertarik jika anda pandai membuat hatinya cair.

Pada wanita, jika ingin membuat teman lelaki atau suami anda jatuh cinta pada anda setiap hari, usah terperangkap dengan jalan hidup yang membosankan dan sama sahaja setiap hari. Ini kerana lelaki suka pada cabaran, teknik dan idea-idea baru.

6. Fahami isyarat dari renungan mata pasangan.

Sebagai pasangan bercinta tidak kira sama ada belum berkahwin atau sudah berkahwin, kena lah faham isyarat dari renungan mata pasangan. Fahami signal yang mahu dihantar dari matanya itu. Sebagai contoh, jika pasangan inginkan barang yang dibeli, namun tidak pula dibeli. Fahamilah gerak-gerinya dan berkomunikasi dengan pasangan, jangan pula buat tidak tahu sahaja.

7. Yakini si dia bahawa anda adalah pasangannya sehidup semati.

Didik diri untuk sentiasa berfikir dan menjadi rasional setiap masa, untuk memikirkan kenapa anda dengan pasangan sewajarnya saling berdampingan sehingga ke akhir hayat? Jika anda dengan pasangan saling sepadan, maka lambat laun pasti si dia akan sedar hanya anda seorang sahaja yang mampu membuat dirinya bahagia.

8. Lelaki mahukan kekasih, namun wanita mahukan lelaki tersebut seperti bapanya.

Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak suka apabila kekasih hatinya mempunyai lagak seperti ibunya sendiri seperti suka berleter dan membebel bagaikan ‘mak mak’, namun lain pula pada wanita, mereka mahukan kekasih mereka mempunyai lagak bagaikan bapanya iaitu boleh menjadi pelindung dan seorang hero.

9. Sentiasa menjaga penampilan.

Bukan sahaja wanita perlu menjaga penampilan sesuai dengan kesukaan pasangan mereka, lelaki juga ambillah hati pasangan bagaimana untuk  menjaga penampilan. Jika kekasih anda sukakan lelaki yang wangi, pakailah deodorant atau minyak wangi.

Jika kekasih anda suka lelaki yang berambut kemas, rajinlah sikat rambut dan meletak minyak. Mudah sahaja jika anda mahukan wanita yang sentiasa cantik, anda juga perlulah kemas.

10. Berdamping lebih mesra dengan ibu bapa dan adik-beradiknya.

Jalin ikatan lebih akrab dengan keluarganya. Ini sedikit sebanyak beri tekanan agar dia hindari sebarang jalinan ‘hubungan gelap’ atau kebarangkalian mengecewakan anda. Anda juga akan berada dalam posisi lebih selamat kerana seluruh keluarganya pasti menyebelahi anda jika apa-apa terjadi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,369 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen