6 Alasan Wanita Ragu-Ragu Untuk Menerima Seorang Lelaki Sebagai Bakal Suaminya.

 

Dalam percintaan pasti ada sahaja salah seorang yang ragu-ragu untuk jadikan pasangannya sebagai teman sehidup semati selamanya. Terutamanya wanita kerana hati dan perasaannya mudah berbolak balik terpengaruh dengan emosi. Wanita juga adalah kaum yang mudah terpengaruh dengan kata-kata orang tua, sekiranya ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihannya sendiri. Ia kelihatan seperti tidak mahu menjadi anak derhaka, dan ada kebaikannya.

Namun, ada juga sebahagian wanita yang mempunyai alasan tersendiri, mengapa dirinya ragu-ragu untuk menjadikan jodohnya sebagai kala suami. Jom baca…

1. Lelaki itu mudah mengungkapkan perasaan sayang pada wanita lain.

Bagi lelaki panggilan ‘sayang’ itu adalah perkara biasa kerana dengan rakan lelakinya juga kadang-kala menerima panggilan tersebut atas sebab gurauan. Jika dengan wanita lain pula, alasannya sudah lama berkenalan, dan tiada niat untuk berkasih sayang, hanya ungkapan sahaja. Walaupun ia nampak kecil dimata lelaki, tetapi ia seperti menorah hati wanita yan mendengarnya.

2. Lelaki itu terlalu memaksa untuk tidak berkawan dengan sahabat lelakinya lagi.

Situasi yang tipikal, jika lelaki dilarang memanggil sayang malah berkawan dengan rakan yang berlainan jantina, begitu juga dengan wanita. Mereka rasa kenapa secara tiba-tiba perlu tidak lagi berkawan dengan sahabat lelakinya padahal mereka hanya berkawan sahaja. Alasan wanita ini, mereka memerlukan sahabat baik berlainan jantina kerana mahukan pendapat dari seorang lelaki.

“Jadi, kekasih anda bukan lelaki ke?” ini andaian majoriti daripada lelaki.

3. Lelaki itu kadang-kala suka menghilangkan diri.

Entah bagaimana sudah lama menjalinkan hubungan, tetapi ada masanya mesti menghilang bagaikan chipsmore. Jika sudah berjanji untuk menjalinkan hubungan sehingga ke jinjang pelamin, kenapa perlu menghilangkan diri lagi? Semua wanita, akan tertanya-tanya dengan situasi sebegini.

4. Lelaki itu tidak mencapai tahap piawaian citarasanya.

Wanita zaman sekarang memang kelihatan agak memilih, kerana alasannya lelaki zaman sekarang sukar untuk dicari yang betul-betul boleh jadi bakal jodoh atau suaminya. Kadang-kala bukan mengharapkan yang betul-betul memiliki harta yang banyak, tetapi sukar untuk mencari lelaki yang betul-betul boleh memahami dirinya.

5. Lelaki itu tidak pernah memujuknya.

Setiap wanita mahukan seorang lelaki yang boleh memujuk dirinya pada bila-bila masa dan waktu. Jika gagal, mereka dengan secara tidak langsung akan mudah berasa tawar hati. Jika hatinya sudah tawar, sudah tentu hatinya mula berbolak-balik dan menjadi ragu-ragu, adakah lelaki tersebut layak menjadi bakal suaminya kelak?

6. Lelaki ini tidak meyakinkan dirinya untuk menjadi seorang suami kelak.

Dan yang paling penting adalah, wanita ini tidak merasa yakin bahawa seorang lelaki tersebut boleh menjadi bakal suaminya kelak. Mungkin sebab lelaki tersebut mempunyai kekurangan diri yang sukar diubah, kewangan yang tidak stabil, asyik dengan alasan “Tidak bersedia dengan komitmen”, dan seumpama dengannya. Sebab-sebab tertentu, semuanya terpulang pada setiap individu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,821 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen