“Hukum Meminang Wanita Tanpa Menerusi Wakil” – Ikuti Penjelasan Ini.

 

Apabila sudah suka akan seseorang dan ingin menjadikan dirinya isteri serta pasangan sudah tentu lah tidak perlu tunggu lama untuk masuk meminang dirinya. Namun begitu, adakah dibolehkan meminang seorang wanita tanpa menggunakan wakil? Mari ketahuinya dengan lebih jelas bedasarkan penjelasan ini.



SOALAN:

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah al-Fadhil Dr,

Saya ingin bertanya satu soalan. Adakah boleh seseorang meluahkan rasa cintanya kepada seorang perempuan sebagai contoh, "Saya berkenan dengan saudari", atau bolehkah meminang seorang perempuan terus kepadanya tanpa melalui wakil?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kedua-duanya dibolehkan bagi tujuan perkahwinan berdasarkan nas al-Quran:

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ ۚ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَٰكِن لَّا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّا أَن تَقُولُوا قَوْلًا مَّعْرُوفًا ۚ وَلَا تَعْزِمُوا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Maksudnya: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
(Surah al-Baqarah, 2:235)

Imam Abu Jaafar al-Tabari Rahimahullah berkata: Firman Allah Taala itu bererti, ‘Tidak menjadi kesalahan bagi kalian, wahai para lelaki, meminang wanita-wanita itu dengan sindiran, yakni wanita-wanita yang beriddah akibat wafatnya suami mereka, sewaktu waktu iddah mereka, tanpa menyatakan dengan jelas untuk berakad nikah.’

Berkata Ibn Abbas RA : Sindiran itu seperti seseorang berkata kepada seorang perempuan semasa iddahnya, ‘Sesungguhnya aku tidak ingin berkahwin selain daripadamu Insya Allah’, atau ‘Aku suka untuk mendapatkan isteri yang solehah’, (dan dalam riwayat lain, ‘Sesungguhnya aku ingin berkahwin’) tanpa dia menetapkan secara jelas selama mana perempuan itu masih dalam iddah.
Rujuk Jami’ al-Bayan (5/95)



Justeru, mafhum yang difahami daripada ayat di atas bahawa harus bagi seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seorang wanita meskipun secara langsung, atau berwakil. Cuma yang tidak dibenarkan ialah menyatakan dengan jelas pinangan itu sewaktu seseorang wanita itu masih dalam iddah. Namun begitu, hendaklah dijaga adab dan tatasusila yang ma’ruf sebagai seorang Muslim dengan tidak melangkaui batas-batas yang telah ditetapkan.

Semoga dipermudahkan niat yang baik. Amin.

Wallahua’lam.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,225 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen