Sebelum Anda Yakin Dirinya Seseorang Yang Tepat, Tanya 5 Soalan Ini Dahulu Kepadanya.

 

Hubungan cinta yang lama itu belum tentu menjanjikan sebuah cinta yang sebenar. Cinta yang sebenar akan bermula dengan satu ikatan perkahwinan. Itu memiliki cinta sebenar itu, anda perlu memulakan satu hubungan yang serius, bukan hanya dipihak anda tetapi juga dipihak pasangan anda. Mana tidaknya, pasangan anda itu akan menemani anda hingga ke hari tua.

Sebab itu lah penting untuk dirinya serius terhadap anda. Jika tidak, hubungan cinta mahupun perkahwinan akan dianggap main-main sahaja. Jadi sebelum anda yakin si dia adalah yang tepat, cuba tanya dahulu 5 perkara ini.



1. “Awak kenal saya dengan jelas?”

Setiap orang pasti akan mengenali pasangan mereka. Tahu apa yang pasangan mereka suka tapi tidak semua tahu apa yang ada dalam hati pasangan. Pasangan anda pasti tidak tahu anda seorang yang bagaimana, serta apa kekurangan dan kelebihan anda. Jadi sebelum berkahwin ini lah dirinya perlu tahu anda ini orangnya bagaimana. Tidak salah untuk mengetahuinya selepas berkahwin tetapi ia lebih sesuai untuk mengenali anda sebelum berkahwin. Baru lah dia boleh buat keputusan adakah anda orang yang tepat atau tidak.

2. “Adakah awak mencintai saya?”

Mencintai, suka dan minat adalah perkara yang berbeza. Apabila ia suka dan minat, ia mampu memiliki oarng yang disukai lebih dari seorang dan rasa minatnya itu akan berubah apabila berjumpa dengan yang lebih baik. Namun, apabila ia mencintai anda, pasti dia mahukan anda serta ingin membahagiakan anda. Jadi dirinya tidak akan pernah mempersiakan anda selepas berkahwin nanti.

3. “Boleh kenalkan saya dengan semua orang yang awak anggap mereka penting?”

Jika dirinya menganggap anda penting, sudah pasti lah dia akan memperkenalkan anda dengan orang disekelilingnya. Mana tidaknya, anda juga anda orang yang terpenting dalam hidupnya. Bahkan pada ketika ini lah anda lihat dirinya mahu anda mengenali keluarganya dengan lebih dekat. Dari situ anda boleh lihat bahawa dia mahukan anda.



4. “Kalau awak serius dengan saya, apa yang perlu awak buat?”

Apabila tanyakan soalan seperti ini, sudah pasti lah dia akan menjawap bahawa dirinya akan mengahwini anda. Namun begitu, lihat terlebih dahulu alasan-alasan selepas jawapan tersebut. Telitikan setiap jawapnnya agar anda dapat menilai adakah dia mahu anda menjadi pasangan hidupnya atau hanya sekadar ingin melegakan hati anda.

5. “Tahu bagaimana hendak hadapi saya bila sedih, ada masalah dan marah?”

Jika dia benar-benar ingin jadikan anda pasangan hidupnya sudah pasti dirinya telah meneliti serta memperlajari cara untuk mengawal kemarahan, kesedihan serta ketika anda hadapi masalah. Mana tidaknya, pada ketika ini selalunya orang lebih mengikut perasaan dari akal fikiran yang waras. Jadi jika dia tahu tidak lah dia juga turut melenting nanti.

Ini hanya lah beberapa contoh soalan, jika anda mempunyai soalan yang lebih mudah mengesan dirinya serius atau tidak, terus sahaja bertanya jangan lengahkan lagi.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen