Eh Betul Ke, 5 Perbuatan Santai Lelaki Ini Dapat Cairkan Hati Wanita?

 

Biasa yang kita dengar adalah sikap lelaki yang romantik, gentlemen serta ucapannya yang manis itu membuat wanita terpikat. Namun begitu, dalam diam sebenarnya wanita juga terpikat akan perbuatan-perbuatan lelaki yang lebih santai.

Jika dilihat perbuatan tersebut hanya biasa-biasa sahaja tetapi ia boleh mencuit setiap hati wanita yang meihatnya. Perbuatan bagaimana yang dimaksudkan? Berikut adalah beberapa contoh perbuatan yang mudah menambat hati wanita.



1. Memelihara haiwan.

Ini adalah perkara yang sangat santai kerana, memelihara haiwan adalah perkara biasa. Kebanyakkan orang pasti mempunyai haiwan di rumahnya. Namun begitu, seorang lelaki bujang yang memelihara seekor kucing adalah sangat mudah mendapat tempat dihati wanita. Boleh dikatakan wanita akan lebih menumpukan seseorang lelaki yang mempunyai haiwan. Mana tidaknya lelaki seperti ini dikatakan mempunyai sifat penyayang serta mengambil berat terhadap haiwan peliharaannya. Bukan itu sahaja, sifat kebapakan mereka juga terserlah.

2. Peramah dan mesra.

Apabila anda bersikap peramah itu bukan membuatkan wanita tidak menyenangi anda. Mereka ini pasti akan menumpukan perhatian mereka kepada anda. Bukan itu sahaja, jika anda bersikap peramah dan mesra terhadap orang tua atau warga emas mereka ini pasti terpikat dengan anda. Mana tidaknya, mereka lihat anda sebagai pasangan yang mempu menghormati seseorang serta orang yang penuh dengan kasih sayang.

3. Menyukai kanak-kanak.

Mana-mana wanita pasti sukakan lelaki yang menyukai kanak-kanak. Bahkan ramai wnaita suka melihat lelaki melayani kanak-kanak dengan telatah mencuit hati. Mana tidaknya sikap sukakan kanak-kanak ini akan menjelaskan bahawa anda begitu penyayang serta mempunyai sikap kebapaan. Jadi jika mereka memilih anda sebagai pasangannya, sudah pasti dirinya tidak perlu risau akan sika panda terhadap anak-anak nanti.



4. Buat wanita ketawa.

Lelaki yang penuh dengan bahan lawak dan jenaka ini pasti lah terlalu mudah untuk melekat di hati wanita. Mana tidaknya dengan sikap lawaknya itu pasti akan menghiburkan sesiapa sahaja yang menjadi pasangannya. Bukan itu sahaja, lelaki yang kelakar ini biasanya mempunyai aura yang tersendiri yang lelaki lain tidak anda. Mereka ini mampu menjadi lelaki yang kelakar serta romantik pada masa yang sama. Mana lah hati wanita tidak cair melihat mereka ini.

5. Buat wanita tertanya-tanya.

Wanita juga sukakan lelaki yang penuh dengan misteri dan tanda tanya. Ia akan membuatkan wanita tersebut lebih berusaha keras untuk mendekatinya. Mana tidaknya wanita sukakan sesuatu yang sukar diperolehi. Jadi tidak salah sekiranya anda jual mahal sedikit.

Biasanya lelaki tidak akan mengambil kisah akan perkara-perkara ini kerana bagi mereka ini adalah perkara remeh tetapi, bagi seorang wanita, perkara ini mempu mencairkan hati mereka dalam jangka masa yang singkat.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,811 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen