15 Alasan lelaki Menolak Cinta Seorang Wanita.

 

Setiap daripada kita pasti mempunyai habit atau kata-kata yang sering diucapkan sekiranya tidak dapat menerima cinta seseorang. Bagi lelaki apabila mereka tidak menyukai seorang gadis atau wanita, mereka mula menjauhkan diri. Namun, ada sahaja daripada mereka berani meluahkan rasa tidak suka secara terangan. Nampak seperti menyakitkan, tetapi alasannya “Biar sakit sekarang, daripada sakit dikemudian hari…”

Jom lihat antara alasan yang lain…

1. “Awak terlalu mengada-ngada macam baby…”

Lelaki sebenarnya meluat dengan gadis yang terlalu mengada-ngada tidak bertempat. Dan si dia akan mengatakan “Saya perlukan seorang kekasih, dan bukannya bayi…”

2. “Saya tak pernah ada kekasih sebelum ini, jadi saya tak selesa..”

Lelaki ini sebenarnya tidak tahu untuk melayan seorang wanita sebagai kekasihnya, mungkin kerana selama ini dia terus mengharapkan seorang isteri, dan bukannya kekasih.

3. “Awak bukan taste saya…”

Lelaki ini sememangnya seorang yang berterus-terang kerana mahukan gadis tersebut terus hilang dari pandangannya. Dengan harapan tidak mengacau hidupnya lagi.

4. “Saya tak bersedia dengan komitmen…”

Seperti biasa jawapan tipikal majoriti lelaki, tidak bersedia dengan tanggungjawab sebagai Boyfriend apatah lagi sebagai suami kelak. Mereka hanya mahu keseronokan sahaja.

5. “Saya tak suka dengan perempuan yang macam tomboy…”

Lelaki ini lebih sukakan pada gadis atau wanita yang lebih feminin, bersopan santun dan sentiasa menggayakan pakaian yang ayu seperti blouse, skirt dan seumpama dengannya.

6. “Saya tak suka awak gelak macam pontianak…”

Memang kelihatan gadis seperti ini tahu untuk menceriakan suasana, dan mudah untuk diajak ketawa. Tetapi jika hilaian tersebut menganggu ketenteraman awam, termasuk diri lelaki tersebut, tidak hairan mereka terus mengangkat kaki.

7. “Cinta dan sayang ni mana boleh paksa-paksa…”

Kemungkinan semua kaum wanita yang mendekati dirinya suka memaksa untuk terus menjalinkan hubungan yang serius. Maka, dirinya memerlukan masa untuk bercinta.

8. “Saya tak suka dikejar, saya lebih suka mengejar…”

Ada lelaki kurang suka apabila terdapat sekumpulan gadis yang jelas kelihatan terhegeh-hegeh pada dirinya. Jadi, mereka lebih suka menyembunyikan diri daripada kumpulan gadis ini.

9. “Awak terlalu jual mahal…”

Kadang-kala ada juga lelaki seperti ini, apabila gadis yang diminatinya sukar di dapati, terus berputus asa. Lelaki memang suka mengejar, tetapi jika sukar sangat nak dapat, mereka mudah putus asa.

10. “Awak suka sangat merajuk…”

Lelaki ini tidak pandai memujuk atau tidak suka memujuk. Oleh kerana itu, ramai sahaja kaum wanita perlu memujuk diri sendiri.

11. “Saya ada trust issue..”

Lelaki ini mungkin pernah terluka ketika waktu dahulu, oleh sebab itu dia sukar untuk menerima cinta dan terus menolak anda begitu sahaja.

12. “Awak ni kenapa suka sangat negatif..”

Pemikiran lelaki lebih praktikal, dan jarang untuk bermain dengan emosi terlalu lama. Oleh sebab itu, mereka memerlukan suasana yang positif dan terus maju ke hadapan.

13. “Awak ni suka sangat mengawal saya…”

Andaian lelaki mengenai wanita sebegini adalah, setelah berkahwin pasti akan menjadi Queen Control. Oleh sebab itu mereka menolak awal cinta anda.

14. “Awak ni susah nak jaga…”

Lelaki ini memerhati perbelanjaan anda, sekiranya sentiasa boros, pasti mereka akan fikir banyak kali untuk dijadikan sebagai bakal isteri. Kerana takut susah nak jaga lepas kahwin.

15. “Awak ni tak cantik…”

Pelbagai alasan yang lelaki beri, tetapi tidak semua yang berani meluahkan alasan sebegini. Namun, ia adalah alasan utama kenapa anda kena ‘reject’ sebenarnya. Anda bukan wanita idamannya dan seperti citarasanya juga. Lelaki kalau dah tak suka, pasti memberi pelbagai alasan, kan? Namun, ini lah alasan sebenarnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,369 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen