Bernikah Tanpa Membuat Majlis Kenduri, Dipandang Remeh Oleh Masyarakat?

 

Apabila sebut sahaja tentang perkahwinan atau pernikahan, pasti akan terbayangkan majlis kenduri yang gah dan dihadiri oleh ramai tetamu. Siapa sahaja tidak gembira melihat majlis berprestij begitu, kan? Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang mahukan perkahwinan bajet, yakni bernikah tanpa majlis kenduri. Malah ala kadar sahaja tanpa bersanding, adakah masih dipandang mulia oleh masyarakat?

Mengisytiharkan perkahwinan adalah sunat bagi mengelakkan prasangka buruk masyarakat. Melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka atau fitnah adalah berdosa. Justeru jika suami isteri yang tidak mengisytiharkan perkahwinan mereka tinggal serumah, tentulah perbuatan ini dipandang serong. Ia dikira berdosa kerana menyebabkan timbulnya fitnah.

Jika tidak mampu untuk membuat perkahwinan yang gah disertakan dengan pelamin, ikutlah keselesaan masing-masing cara menghebahkan perkahwinan iaitu melalui sosial media. Zaman sekarang anda pasti tahu Live Facebook dan Live di Instagram, bukan? Gunakan medium tersebut jika mempunyai ahli keluarga yang duduk berjauhan. Dan selain daripada itu, buatlah jamuan makan kecil-kecilan walaupun tanpa bersanding.

Disamping itu, anda juga boleh memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga terdekat dengan menziarahi rumah mereka.

Oleh kerana itu, kenduri majlis diadakan, pasti penat si pengantin baru nanti untuk terus pergi menziarahi saudara-mara. Namun usahlah membuat kenduri gah ibarat selebriti jika tidak berkemampuan. Apa yang penting ia mencapai hasrat perisytiharan sesebuah perkahwinan. Ijab kabul hanya dengan “Aku Terima Nikahnya…”

Namun sedemkian, menurut Islam tiada pula acara bersanding, adat tepung tawar, beras kunyit dan sebagainya kerana ia berasal dari ajaran hindu. Perkara sebegini juga dianggap membazir dan sesungguhnya didalam al-Quran, Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan.

Ini kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah. Padahal niat asal untuk meraikan pengantin, tetapi apabila adanya unsur yang bertentangan dengan Islam, pasti ia salah disisi syara’.

Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu'asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36. : “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram"

Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.

BAGAIMANA PULA DENGAN MAJLIS BERINAI?

Inai bagi wanita dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra;

"Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya : " Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai)." (Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa'i 5092)

Oleh itu, setiap majlis perlu lah mencari keberkatan dari Allah SWT. Sesuaikan majlis dengan syara’, barulah mengikuti pandangan masyarakat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen