“Betul Ke Kalau Lambat Bertemu Jodoh, Kena Mandi Bunga?” Jom Baca!

 

Zaman dahulu mandi bunga sering dikaitkan dengan mereka yang sukar betul untuk berjumpa dengan jodoh, terutamanya wanita yang sudah lanjut usia. Wanita yang masih lagi belum berkahwin dinasihatkan untuk mandi bunga, supaya wajah semakin berseri dimana aura-aura negatif dibuang begitu sahaja.

Ia juga dikatakan untuk membuang badi atau membuang bala didalam badan seseorang kerana terdapat sesuatu (yang dikatakan saka) yang menghalang mereka untuk bertemu dengan jodoh. Atas alasan ini, mengapa pada zaman dahulu ada sahaja daripada kalangan kita mandi bunga sebagai ikhtiar untuk mendapatkan jodoh.

MANDI BUNGA KARUT?

Seperti yang kita ketahui, zaman sekarang banyak sahaja Spa dimana kaum wanita akan merehatkan diri ditempat tersebut sama ada untuk menjaga wajah atau badan. Dan diantara Spa tersebut ada yang menyediakan package mandi susu disertakan dengan mandi bunga juga. Jadi, adakah perkara sebegini boleh dikatakan karut sepertimana yang dilakukan wanita pada zaman dahulu?

Sudah terang lagi bersuluh apabila kita mengharapkan sesuatu KEBENDAAN selain daripada Allah SWT untuk mendapatkan sesuatu seperti jodoh akan memesongkan akidah seseorang, walaupun menurut saintifik ia baik untuk badan.

KHASIAT MANDI BUNGA YANG SEBENAR.

Sebenarnya mandi bunga mempunyai banyak khasiat yang dilakukan di Spa tersebut. Dan menurut Dato Fadzilah Kamsah ia untuk menaikkan seri wajah dan menyegarkan badan melalui zat-zat yang terkandung di dalam bunga tersebut. Oleh kerana itu menurut saintifik, ia sangat baik untuk badan. Selain daripada itu juga, bunga mempunyai kadar penyerapan tenaga matahari yang sangat baik, lalu kebaikan tersebut akan disalurkan ke tubuh badan manusia.

Jadi, ia amat sesuai untuk mempelai menaikkan seri wajah.

MEMESONGKAN AKIDAH APABILA MENYEMBAH BUNGA.

Sebagai muslim, kita perlu berfikir bahawa BUNGA adalah ciptaan Allah SWT yang dapat memberikan faedah dan manfaat pada tubuh badan kita. Bukannya terlalu mengharap pada BUNGA sahaja untuk bertemu jodoh, sudah tentu niat kita sudah memesong jauh kerana tujuan yang salah. Bukannya berfikiran “Aku sudah lambat bertemu jodoh, kena mandi bunga ni, pasti lepastu ramai yang terpikat…”

Selain daripada itu, ia akan memesongkan akidah juga apabila terdapat seseorang yang memandikan kita dengan mandian bunga tersebut. Seperti ritual pula, dengan mulut terkumat-kamit dan tidak tahu apa yang disebut dengan bibir mungil itu. Jika anda pernah menonton drama wanita berkemban dan dimandikan dengan mandian bunga, tidak pula mandi berseorangan seperti yang kita lakukan secara normal.

Perkara sebegini akan menjadi khurafat, kerana kita seperti menyembah bunga tersebut, dan berikhtiar menggunakan bunga untuk bertemu jodoh.

Kesimpulannya, mandi bunga itu boleh untuk mereka menaikkan seri wajah dan menyegarkan badan. Tetapi jika sudah niat mandi bunga untuk mendapat jodoh, itu adalah salah kerana kita telah menduakan Allah SWT. Oleh itu, perkara yang sebaiknya dan perlu diutamakan untuk menjemput jodoh adalah dengan cara berdoa, solat istikharah dan solat hajat.

Kemudian jika mahu mandi bunga, ambillah bunga depan rumah.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen