Seharian Tanpa Khabar? Wanita Mudah Bimbang Apabila Pasanganya Hilang Secara Tiba-Tiba.

 

Wanita ini mudah bimbang apabila ia melibatkan perkara yang disayanginya. Walaupun ia kelihatan begitu remeh, tapi mereka mempunyai sebab yang tersendiri. Anda pernah lihat kebimbangan seorang wanita apabila pasangan yang dikasihinya itu tidak dapat dikesan seharian.



Mereka ini akan melakukan apa sahaja agar dapat tahu khabar mengenai pasangannya. Mengapa mereka seperti ini? Mari ketahuinya.

1. Takut sesuatu perkara berlaku pada anda.

Biasanya wanita ini mudah bimbang akan perkara-perkara yang difikirkannya secara berlebihan. Jadi mereka ini selalu memikirkan perkara yang buruk terlebih dahulu berbanding memikirkan perkara yang positif.

Sebagai contoh mereka ini tidak akan memikirkan bahawa anda sedang penat, sedang tidur atau sedang sibuk dengan kerja anda malah, mereka ini lebih suka memikirkan mungkin anda terlibat dengan kemalangan ataupun perkara yang buruk.

Sebab itu lah mereka ini akan berusaha keras mencari anda agar dapat menghubungi serta mendengar suara anda. Jadi apabila anda ingin melakukan sesuatu untuk satu jangka masa yang panjang, jangan lupa untuk memberitahu mereka ini.

2. Takut anda curang dibelakangnya.

Apa yang paling wanita takutkan adalah pasangan mereka ini berlaku curang dan menipu dirinya. Mana tidaknya, kelakuan anda itu yang membuatnya tercari-cari dan memikirkan sesuatu yang buru.

Sebab itu lah apabila mereka menjumpai anda, sudah pasti dirinya akan memarahi anda bukan? Hal ini kerana, mereka takut dirinya tertipu akan. Jadi mereka lebih memilih untuk bertindak berbanding mendiamkan diri.



3. Terlalu sayang akan anda.

Mereka ini telah dibutakan dengan kasih sayang anda, sebab itu lah mereka ini mudah bimbang dan tercari-cari sekiranya mereka tidak mendapat apa-apa khabar dari anda. Hanya kerana terlalu sayangkan anda, mereka ini telah membuat segala perkara secara terburu-buru tanpa befikir panjang malah mengikut perasaannya.

Jadi jangan mudah berasa rimas jika pasangan anda kerap kali mencari anda dan membuat perangai apabila diriya tidak mendapat khabar dari anda. Bukan kerana terlalu mengada-ngada tetapi mereka ini terlalu sayang akan anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,836 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen