Jom Ketahui Antara Jenis Cinta Dalam Islam.

 

Cinta itu adalah satu perasaan yang suci diberikan oleh Allah SWT. Ia perlulah diungkap dengan baik dan sesuai dengan ukurannya. Jika seseorang boleh dan mampu untuk mempelihara cinta yang suci tersebut, terjagalah keindahan cinta yang kukuh.

Jom ketahui antara cinta di dalam Islam…

1. Cinta mawaddah.

Cinta ini membuatkan seseorang sentiasa memikirkan tentang kekasihnya kerana perasaan cinta itu sentiasa membara. Malah ia membuatkan seseorang sentiasa ingin bersama dan tidak mahu berpisah, seperti Allah SWT telah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 21.

2. Cinta rahmah.

Cinta ini pula membuatkan seseorang mementingkan kebahagiaan dan kegemabiraan pasangannya berbanding dirinya. Percintaan ini menjuruskan seseorang tersebut memahami kekurangan yang dimiliki oleh pasangannya, kerana ia penuh dengan kelembutan, kasih sayang dan sanggup melindungi orang yang dicintai.

Allah SWT telah berfirman:

“…Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya (rahmahnya)..”(Al-Kahfi: 81)

3. Cinta syaghaf.

Cinta ini pula membuatkan seseorang itu menjadi lupa diri dan tidak menyedari apa yang dia lakukan. Sebagai comtoh kita boleh melihat percintaan antara Zulaikha dengan Nabi yusuf dalam surah Yusuf ayat 30;

“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata…”

Ternyata cinta ini tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia membuatkan pelakunya keterlaluan mencintai pasangannya sehingga melupakan tugasan hakikinya di dunia.

Dan jom ketahui juga bagaimana Rasulullah SAW mengekspretasikan cintanya pada isteri baginda....

Baginda sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Baginda juga selalu bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara kehangatan.

Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari. Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Jika boleh, dihadapan anak-anak agar mereka boleh melihat ibubapanya yang bahagia.

Baginda sering mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari seperti, “Kamu cantik sekali hari ini.” Malah sering memanggil Aisyah dengan jolokan si “Ya Humaira” yang bermaksud “pipi merah”.

Ekspresi seperti ini, walaupun kelihatan seperti mengada-ngada, tetapi ia merupakan doa yang terungkap dari dalam hati. Tidak perlu membelikan alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke hari.

Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari. Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya. Amalan baik ini akan selalu dilihat oleh Allah.

Allah berjanji apabila ada hambanya yang melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang dan menjaga cinta sebagai seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin mendekatinya.

Bila hambanya mendekati dengan berjalan, Allah akan menjemputnya dengan berlari.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,375 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen