“Jangan Malu Guna Duit Isteri, Tetapi…” Jom Ikuti Perkongsian Dari Lelaki Ini.

 

Sejak kebelakangan ini, begitu ramai sahaja netizen dikalangan kita bercerita mengenai lelaki tidak boleh menggunakan duit isteri kerana duit suami adalah duit isteri, duit isteri pula memang hak mereka. Malah ada juga yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, bagaimana lelaki mahu hidup jika semua duit terus diberikan pada isteri?

Jika berkata-kata tanpa berfikir, komen panjang berjela tanpa ilmu, itu yang menandakan netizan zaman sekarang ‘tin kosong’ sahaja. Bertindak melulu tanpa berfikir, kerana kurangnya ilmu dalam diri. Ramai sahaja lelaki yang berkongsi pendapat mengenai isu sebegini, dan salah seorang daripada mereka adalah dari saudara Mohd Fhais.

Jom ikuti perkongsian dari beliau…

********

Surirumah sekarang dah ramai yang pandai buat bisnes dari rumah, malah ada yang income mereka lebih tinggi dari suami. Suami tak perlu malu, malah patut bangga.

Isteri seorang yang berhati murni, pasti tidak mahu berpeluk tubuh sahaja bila melihat suami sedang kesempitan dan sedang ada masalah kewangan.

Kerana KELUARGA adalah segala-galanya bagi mereka..

Ada surirumah bersengkang mata nak semak tempahan, jam 2-3 pagi baru boleh buat kerja kena tidurkan anak dulu. Sebab itu isteri mudah kepenatan mudah stres gara gara oksitosin dalam badan kering. Bantulah mereka ini..

Mereka bekerja bukan untuk diri sendiri.

Semua usaha ini untuk anak, untuk keluarga dan untuk mahu membantu ringankan beban suami. Hargailah mereka ini..

Suami tak perlu malu, tak perlu ego, akui yang anda perlukan bantuan. Lebih baik di bantu oleh isteri sendiri daripada di bantu oleh orang lain yang penuh udang sebalik batu.

Tetapi..


Malulah jika anda tak ganti semula, malulah jika anda tak menghargai, dan malulah jika anda tak berusaha sedaya upaya untuk memikul tanggungjawab memberi nafkah itu.

Jangan sesekali mengambil kesempatan ke atas isteri. Malulah jika anda berkata alhamdulillah masa isteri cakap tak perlu ganti semula.

Walaupun isteri dah halalkan tapi halal di akhirat belum tentu lagi. Kan nafkah hukumnya wajib, bukan boleh halalkan.

Duit hanya kertas yang tak beri makna.

Duit tak peduli langsung kelangsungan hidup keluarga kita.

Jika koyak kertas tu, tiada apa pun yang berubah.

Tapi jika hati isteri yang koyak, segalanya dalam hidup kita akan berubah 360 darjah lebih buruk.

Isteriku Bidadariku Penyelamatku….

********Semoga Bermanfaat********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,201 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen