“Jangan Mengukur Kebahagiaan Satu Keluarga Dengan Jumlah Anak Yang Ramai…” Keluh Wanita Ini.

 

Aku nak buat confession mengenai sesuatu yg aku lakukan 3 tahun lps. Aku tau aku akan dikecam, mungkin ada insan baik hati yg akan bg kata nasihat, ada insan yg kesian akan doakan yg baik2. Tp aku redha kalau dikecam. Sbb apa aku dah buat mmg berdosa tp aku terpaksa. Confession aku buat sbb viral ada sorg ust ckp anak ramai bukti kelakian dan kesuburan wanita. Aku tak setuju sgt.

Aku buat perkenalan dulu supaya kalian dpt menghakimi aku secara keseluruhan. Aku sorg wanita berumur pertengahan 30an dan beranak 6. Aku dah masuk 8 tahun kahwin. Maksudnya aku beranak 1 tahun sekali.

Dulu aku kerja. Gaji boleh tahan la. Aku dulu sekolah asrama, belajar sampai degree. Dapat anak kedua, suami aku suruh aku berhenti kerja jaga anak. Sebab bayaran pengasuh mahal, katanya. Dia suruh duduk rumah, jaga, susukan anak, banyak dpt jimat duit.

Dia mampu. Dia janji akan bagi aku nafkah, apa saja aku nak. Awal2 mmg dia tunaikan janji. Masuk anak keempat, janji mula dilupakan. Bila aku minta duit, mcm peminta sedekah. Kena bebel dulu. Baru bagi. Itupun setengah drpd apa yg aku minta.

Baju baru? Baju dalam baru? Kasut baru? Dah lama aku tak bau barang baru. Kulitt muka pon menggerutu sbb aku tak ingat bila terkakhir aku buat facial. Dulu masa bergaji aku selalu pergi spa dan facial. Suami aku kerja sendiri. Gaji ikut rezeki. Tak tetap. Tapi dia mmg rajin cari duit. Bawak lori, tolong kawan niaga pasar malam, bazar. Tapi akibatnya keluar kerja sebelum matahari naik. Balik kerja bila dah tenggelam.

ENGGAN BANTU BUAT KERJA RUMAH

Bab jaga anak, dia boleh diharap. Tapi bab tolong buat kerja rumah, dia mmg tak sentuh langsung. Semua aku buat sendiri. Tapi dia tak bising kalau baju berlonggok, rumah sepah. Cuma aku yang sakit mata. Jadi aku gagahkan diri buat. Malam-malam kalau suami dah balik, dia layan anak2. masa tu aku ambil utk uruskan hal rumah.

Kalau mertua dan ipar, mereka di negeri lain. Mereka tak campur sgt urusan kami sekeluarga. Tapi mereka keluarga besar. Suami ku ada 8 adik beradik. Ibu bapa aku dan meninggal dunia masa aku ada anak 1. Sakit tua. Mula2 ayah, lepas tu ibu. Aku ada seorang adik laki, dia skg ambil master. Belum kahwin. Kami tak rapat. Biasa-biasa je.

Aku tak pakai apa-apa penghalang kehamilan. Aku mahu. Tapi suami tak izinkan. Dia suka anak ramai. Meriah, katanya. Lagipun dia rajin layan anak. Aku sungguh penat tapi aku bodoh, ikut kata suami membabi buta. Sampailah takdir, aku mengandung anak ke-7.. tepat anak ke-enam ku 1 thn 2 bulan. Aku mengandung lagi.

Aku nangis. Aku tak sanggup. Aku letih sangat. Aku baru 30-an tapi aku nampak mcm nenek org. Aku dah beruban.

Aku rayu suamiku supaya bagi aku masa utk diri aku tapi ayat dia ’mak saya dulu boleh je. Besar elok je saya adik beradik. Takde spa takde urut lah org dulu2’.

Aku stress. Aku rindu kawan2 aku yg sekarang dah lost contact. Aku takde org nak luah. Aku pernah juga luah aku penat kepada suami. Aku minta dia ingat janji2 dia masa aku berhenti kerja. Dia tuduh aku tak bersyukur. Tak bersyukur dia masih lagi setia, balik rumah setiap malam walaupun selepas penat seharian kerja. Dia kata aku tak reti berterimakasih sebab muka aku tak pernah senyum.

TAK BAGI DUIT BELANJA

Aku sedih. Aku bagitahu, aku penat. Senyum pun tak larat. Bukan aku tak bersyukur. Tapi tolong la. Aku penat. Dia diam je. Setiap kali lepas gaduh, dia akan diam. Takde penambahbaikan. Naikkan sikit duit rumah pon dia tak buat. Dia tak bagi aku uruskan duit. Barang dapur, dia beli. Yuran tadika anak, dia bayar. Pampers, dia beli. Aku tak ada duit. Aku buat sedikit online bisnes, jadi agent doorship, hasil tu aku buat main kutu, dan simpan sikit2.

Aku mengandung anak ke 7. Aku menangis melihat urine test yang aku curi-curi suruh jiran ahmoi aku beli. Aku kira2 bila last period, maksudnya baru mengandung 5 minggu. Aku tiba-tiba jadi moody sangat. Dengan anak2 aku jadi garang sgt.

Dengan suami aku dah pandai gaduh lempar barang. Aku tak bgtau aku mengandung. Aku tak bgtau sesiapa aku mengandung. Hari2 aku lompat bintang, naik turun tangga, tak makan, supaya bdn aku lemah dan tak mampu mengandungkan anak ini. Aku jadi benci dengan semua org. Termasuk diri aku. Aku pernah menangis pukul 2pagi diluar rumah sambil pukul-pukul perut.

Selepas 2 minggu. Aku tak tahan. Aku tengok duit simpanan aku ada 3ribu. Aku simpan diam2 hasil doorship, kutu. Dengan duit tu aku beli baju dalam baru, spender baru, aku jimat2. satu hari, aku tekad. Aku nak gugurkan kandungan ini. Aku ada jiran cina yang sosial. Aku panggil dia ahmoi. Aku tahu sebab dia selalu bawa laki lain2 balik rumah. Dia je manusia yg berborak dgn aku ditaman ni. Wanita2 lain semua jenis membawang. Aku taknak kisah hidup aku jadi bahan bawang mereka.

GUGURKAN KANDUNGAN

Aku beranikan diri tanya dia pernah gugurkan kandungan tak. Dia tanya kenapa tanya soalan pelik. Aku terus terduduk depan dia, nangis mcm org tak siuman. Aku meraung-raung ckp aku dah taknak anak. Aku tak larat. Aku penat.. Suami aku tak faham. Tau nak anak banyak tapi semua aku yang buat. Dia pujuk aku. Dia bagi aku satu alamat. Dia kesian tgk aku menangis. Dia kata dia tolong.

Aku guna duit simpanan aku upah satu bibik harian utk seminggu. Kebetulan suami aku ada job bawa lori ke kelantan. Katanya tak balik 2-3 hari. Lepas tu aku dgn ahmoi pergi klinik tu. Aku berdebar, tapi aku tekad. Doktor tu scan, ada janin berusia 7minggu, dia pon bagitau prosedur (aku taknak cerita details) apa dia akan buat. Dan harga. Harga tu aku mampu bayar jadi aku setuju je.

Cukuplah kalian tahu aku menangis teruk sambil minta maaf semasa prosedur. Aku ckp aku tak mampu. Ayah dia tak menolong. Aku penat, aku stress. Semua selesai.

Suami aku balik, aku ckp aku period pain. Bibik tu aku pakat dgn dia tipu suami aku ckp tu bibik jiran, bercuti tak bawa bibik. Bagi pinjam seminggu. Suami aku diam je. Tapi dia tak selesa ada bibik kat rumah. Dia keluar dgn kawan pergi memancing (ni sebab dia taknak upahkan aku bibik. Dia tak selesa ada org asing dlm rumah).

PAKAI ALAT PENCENGAH KEHAMILAN

Seminggu lepas procedur tu, doktor ada suruh dtg utk check betul ke dah takde. Aku angkut semua anak2 dan ahmoi ke klinik. Anak2 aku bising dlm klinik, ahmoi tlg jaga sementara aku check dgn doktor. Doktor kata dah takde. Aku nangis lg.

Dia kata dia faham. Bukan kali pertama ada wanita dtg kata tak ready pregnant sbb anak kecik, suami tak menolong, atau tak mampu. Aku diam je. Dia suruh aku pakai alat pencegah kehamilan. Aku kira-kira duit aku ada lagi. Aku setuju. Aku pakai alat. Doktor kata tahan 5 tahun.

Hal ni 3 tahun lepas. Sekarang anak2 aku dh besar sikit. Aku pon boleh simpan duit lebih banyak sebab boleh buat lebih banyak kerja. aku berniaga online. Tak harap suami lagi. Dia tau aku berniaga, lagi lah dia jadi kedekut. Aku dgn suami dingin. Aku bosan dgn dia. Hubungan kami atas katil je. Aku tak risau lagi sbb dah pakai alat. Dia tak berubah langsung. Masih ditampuk lama.

Aku sampai sekarang sedih dgn apa aku buat. Rasa dosa. Tapi kalau aku tak buat, aku yang meroyan. Aku hari2 minta ampun. Semoga Allah ampunkan aku. Aku syg anak2 yg aku ada. Biarlah ayah mereka mcm tu. Aku nak didik mereka supaya tak jadi mcm ayah mereka.

Akhir kata, anak ramai bukan ukuran kelakian atau kesuburan. Tapi tanggungjawab. Tanggungjawab bukan hanya bagi benih. Tapi membesarkan, didik, nafkah. Isteri pon manusia. Kami bukan kilang anak. Lepas tu harap semua kami buat semua.

Aku kdg2 rasa benci dgn suami. Tapi aku sabarkan diri dgn alasan sekurang-kurangnya dia tak pukul aku dan anak2. tahan je la selagi nyawa dikandung badan. aku harap wanita diluar sana lebih bijak. suami tak izinkan pakai pencegah kehamilan tu, lantakkan. bukan badan mereka yang penat. pakai je senyap2.

Harap kalian tolong doakan dosa aku diampunkan. Suami aku berubah. Anak2 aku membesar jadi manusia bertanggungjawab.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,004 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen