Jangan Terlalu Menyebut ‘Anak Dara Tua’ Jika Anda Masih Lagi Muda Belum Bertemu Jodoh.

 

Pada zaman dahulu panggilan ‘anak dara tua’ amat ditakuti oleh semua kaum wanita. Bagi masyarakat terdahulu, umur 20-an 30-an sahaja sudah digelar sebegitu kerana orang dulu-dulu kahwin pada usia belasan tahun.

Sudah tentu terasa terhinanya diri apabila sudah lanjut umur tetapi masih lagi belum bertemu jodoh. Rakan-rakan yang sebaya sudah pun berkahwin dan memiliki anak yang ramai, tetapi dirinya masih lagi kesunyian tanpa kehadiran suami.

Namun sedemikian, zaman telah berubah. Kini, wanita yang sudah berusia 30 ada juga yang belum bertemu jodoh, dan ia bukan lah perkara yang memalukan lagi. Cuma, zaman sekarang perkara yang tidak masuk akal adalah, anak remaja yang masih di usia muda seperti belasan dan awal 20-an menggelarkan diri sendirinya sebagai anak dara tua.

Padahal, para wanita dewasa yang sudah melangkaui usia 30-an tidak pula terlalu skeptikal dengan panggilan tersebut. Masih muda, mahu mencari rezeki lebih supaya hidup makin stabil.

KENAPA JANGAN TERLALU MENYEBUT PANGGILAN ANAK DARA TUA?

Ini kerana ia adalah panggilan yang sensitif, dan sepatutnya anak gadis perlu ada perasaan malu menyebut perkataan tersebut. Pada zaman sekarang, walaubagaimana pun panggilan tersebut seperti sudah tidak relevan kerana keselesaan para wanita menghadapi cabaran hidup berseorangan. Namun, tiada siapa yang tahu dalam hati manusia.

Jika anda menyebut panggilan tersebut dan tidak disedari wanita berusia 40-an berada disisi walhal diri masih muda bergetah, apakah perasaan wanita tersebut ketika itu? Kelihatan, anda adalah seorang gadis yang tidak tahu menjaga sensitiviti adat melayu. Jika anda berusia 20-an adalah andartu, jadi apakah gerangan si wanita berusia 40-an itu pula?

Adat ketimuran melayu semakin menghilang, kerana generasi baru yang terlalu mengikut adat orang lain. “Kenapa perlu menjaga hati orang lain, sedangkan hati sendiri tiada yang jaga?” Kenapa perlu menunggu orang lain untuk menjaga hati sendiri, sedangkan diri sendiri boleh mulakannya? Jangan jadi manusia yang mementingkan diri sendiri.

KATA-KATA ADALAH SALAH SATU DOA SECARA TELUS.

Bertenanglah diri ketika belum lagi bertemu dengan jodoh. Usah terlalu taksub dengan panggilan anak dara tua kerana ia kemungkinan akan bertukar menjadi doa pula. Anda mahu bertemu jodoh dengan cepat, namun kata-kata yang kurang baik selalu sahaja terpacul dari mulut sendiri.

Pandanglah dari sudut yang berbeza. Janganlah terlalu memperbesarkan sesuatu perkara yang tidak pasti yakni Jodoh iaitu rahsia Allah SWT. Berusaha lah untuk menenangkan diri dengan mengatakan banyak sahaja perkara penting lain yang boleh dilakukan sebelum bertemu jodoh.

Ayuh, marilah kita menggantikan perasaan dan pemikiran itu tadi dengan perasaan optimistik, ‘inner beauty’, menjaga penampilan, selalu tersenyum, serta memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar pada masanya nanti Dia menganugerahkan seorang suami yang sesuai untuk anda, para gadis dan wanita.

Kalau tidak di dunia, di Syurga sana Insya Allah. Buanglah segala fikiran yang negatif dan jangan biarkan ia mengisi ruang hidup sehingga kita menderita kerananya.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,870 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen