Mengapa Anda Rindukan Dia, Walaupun Hanya Sebagai Kenalan?

 

Perasaan rindu ini mudah sahaja hadir dalam diri seseorang. Tidak kisah lah dirinya sebagai pasangan anda, rakan mahupun kenalan anda. Sedikit sebanyak perasaan rindu ini akan mekar dihati apabila kalian tidak saling berhubung. Terutama jika anda sudah terlalu lama menjadi orang bujang yang bebas tanpa pasangan. Jadi apabila ada seseorang yang mendekati anda perasaan rindu itu akan mudah terletak dalam hati anda. Apabila dirinya mula menghilangkan diri, anda mula resah dan gelisah mencari dirinya.

Walaupun dalam tempoh perkenalan, bagaimana perasaan rindu itu boleh hadir di dalam jiwa anda? Mungkin kerana 5 perkara ini.



1. Buat anda rasa selesa dengan dirinya.

Perasaan rindu ini muncul apabila seseorang itu berjaya membuat anda selesa dengan dirinya. Jadi apabila dirinya tidak sentiasa bersama anda, ia membuatkan hati anda sedikit gundah dan tercari-cari dirinya untuk mendengar luahan hati anda, berserta gurau senda yang akan mengukir senyuman anda ketika dengannya.

2. Dia berjaya buat anda tertarik.

Walaupun dari segi layanannya kelihatan biasa-biasa sahaja, tapi ia juga mampu membuat rasa rindu hadir dalam diri anda kerana anda tertarik dengan dirinya. Tidak kisah lah anda tertarik dengan gaya percakapannya , suara atau rupa parasnya. Tapi itu semua yang mampu membuat perasaan rindu itu hadir dalam diri anda.

3. Mengubah perasaan anda.

Jika dirinya hadri sebagai seorang rakan atau kenalan, tapi bila dia menghilangkan diri anda tercari-cari dan merasa rindu. Itu bermakna dirinya telah mengubah perasaan anda. Mungkin dahulu, anda merasa tidak mengapa tidak didekati seseorang tetapi kini kehadirannya itu telah mengubah hati anda. Sebab itu lah hadirnya rindu.



4. Dia sentiasa menemani anda.

Dia sentiasa ada untuk anda tidak kira lah ketika senang mahupun susah. Bahkan anda rasa dirinya telah menjadi sebahagian daripada diri anda. Jadi apabila dirinya hilang, mula lah timbul rasa rindu kerana anda merasa kosong dan sunyi tanpa seseorang yang sentiasa menemani anda seperti selalu.

5. Anda mahukan dia.

Perkara yang terakhir ini sudah pasti membuat anda sukar untuk mengakuinya bukan? Anda mahukan dirinya menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup anda kerana anda telah mula ada hati pada dirinya. Sebab itu lah bila dirinya menghilangkan diri, anda rasa rindu teramat kepadanya. Kerana apa? Kerana hati anda sudah menjadi milik dia.

Antara kelima-lima ini anda rasa yang mana punca anda menrindui dia? Sudah pasti anda mempunyai jawapan itu sendiri bukan. Apa-apa pun, jika anda mahukan dia cuba lah pikat hatinya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen